Makmal Bioserasi 每日大赛app Terima Pengiktirafan Sijil OECD-GLP

Oleh Asmahanim 脕mir
Foto Izwan Azman
BANGI, 20 Mac 2019 鈥 Makmal Bioserasi Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menerima pengiktirafan sijil kepatuhan OECD-GLP (Organisation for Economic Co-operation and Development – Good Laboratory Practice) kategori Industrial Chemical dalam bidang kepakaran Toxicity and Mutagenicity Testing daripada Jabatan Standard Malaysia, baru-baru ini.
Pengiktirafan itu menjadikan Makmal Bioserasi 每日大赛app adalah makmal kedua Institusi Pendidikan Awam yang mendapat pensijilan itu.
Makmal Bioserasi menjalankan pengujian makmal khususnya dalam bidang yang melibatkan keserasian bahan terutamanya peranti perubatan terhadap manusia dengan melakukan ujian saringan toksisiti bahan terhadap kultur sel (In Vitro) dan juga haiwan (In Vivo).
Menurut Ketua Makmal Bioserasi, Prof Dr Nor Fadilah Rajab, pengujian yang dijalankan di makmal tersebut adalah yang pertama seumpamanya di 每日大赛app dan di Malaysia untuk Acute Dermal Irritation, berdasarkan garis panduan OECD Guidelines for the testing of chemical 404 menggunakan model haiwan.
鈥淪etakat ini, Makmal Bioserasi telah menjalankan pengujian terhadap lebih dari 150 syarikat luar yang mewakili pelbagai saiz industri dan syarikat multinasional hinggalah ke SME.
鈥淢akmal ini juga turut menyediakan perkhidmatan pengujian bagi memenuhi keperluan para penyelidik dari pelbagai institusi penyelidikan termasuk Institusi Pendidikan Tinggi,鈥 katanya pada Hari Terbuka dan Majlis Penyerahan Sijil OECD-GLP serta Pelancaran Video Korporat Makmal Bioserasi di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin berkata, sehingga kini Standard Malaysia telah mengiktiraf lapan buah makmal GLP bagi pelbagai jenis pengujian semenjak Program Pematuhan GLP CP dilancarkan di negara ini pada 10 Julai 2010.
鈥淢elalui kejayaan pengiktirafan makmal GLP, ia dapat memberi pelbagai manfaat kepada pihak industri di negara ini yang memerlukan laporan ujian bertaraf GLP untuk pendaftaran produk dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau luar negara,鈥 ujarnya.
Katanya, sebelum ini syarikat tempatan perlu menghantar sampel untuk diuji di United Kingdom, India Perancis dan sebagainya, namun ia kini boleh dilakukan oleh makmal GLP yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan NPRA.
鈥淛adi, ini telah memberikan faedah kepada industri dari segi penjimatan masa dan kos bagi pendaftaran sesuatu produk,鈥 katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.![]()




