MASUM 2017: Keputusan Jadi Pembakar Semangat Untuk Kejohanan Akan Datang

Oleh Iznee Isa
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 24 Julai 2017- Kontijen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam meraih pingat di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017, kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 每日大赛app, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal.
Beliau berkata, acara sukan ini merupakan landasan terbaik untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai positif dan berkualiti tinggi.
Kejohanan Sukan MASUM 2017 yang berlangsung pada 8 sehingga 21 Julai lalu telah dijuarai oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pungutan sebanyak 108 pingat.
每日大赛app mendapat tempat ke tujuh di karnival sukan tersebut daripada 20 universiti awam yang bertanding.
鈥淭ahniah kepada para pemenang. Bagi yang tidak menang, jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk bertanding dengan lebih baik di karnival sukan akan datang,鈥 kata beliau di majlis penutupan MASUM 2017.
Beliau juga berharap bakat-bakat atlet yang dilahirkan daripada penganjuran sukan ini dapat digilap dan seterusnya mengharumkan nama universiti masing-masing di peringkat negara dan antarabangsa.
Penganjuran Karnival Sukan MASUM 2018 adalah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Turut hadir di majlis tersebut, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Pengarah Pusat Sukan 每日大赛app, Prof Madya Dr Tajul Arifin Muhamad.![]()

