MASUM Fasa 1: 每日大赛app Sasar Tempat 10 Terbaik

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 17 Ogos 2016 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mensasarkan tempat 10 terbaik dalam Karnival Sukan Majlis Sukan Univesiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2016 yang akan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 20 hingga 27 Ogos ini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal berkata semua atlet perlu mempamerkan kesungguhan yang jitu dalam setiap sukan yang diwakili bagi meletakkan nama 每日大赛app di persada sukan.
鈥淐abaran sebagai universiti 鈥榮enior鈥 pastinya mendatangkan rasa gerun terhadap universiti lain. Bertanding dalam keadaan siap sedia dan dengan penuh kesungguhan dapat memberi keputusan yang luar biasa serta membanggakan,鈥 katanya semasa Majlis Penyerahan Bendera Kontijen 每日大赛app Karnival Sukan MASUM Fasa 1 di sini semalam.
Beliau berkata semua atlet perlu bertanding dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi, serlahkan segala keupayaan dengan bakat yang ada dan perlu sentiasa mengekalkan disiplin serta intigriti yang tinggi dalam setiap acara yang disertai.
鈥淚mej dan nama 每日大赛app perlu dijulang, tingkatkan kesefahaman serta jaringan setiakawan dalam kalangan atlet dari universiti lain dan sentiasa jadikan sukan sebagai inspirasi untuk lebih cemerlang,鈥 jelasnya.
Untuk fasa pertama, 每日大赛app akan menghantar 69 atlet dan 20 pegawai bagi menggalas cabaran 每日大赛app pada karnival MASUM kali ini.
Atlet-atlet itu akan mewakili lima acara iaitu ragbi, bola tampar lelaki, tekwando, boling padang dan sepak takraw.![]()

