每日大赛app

Menteri KPT Lawat Kampus 每日大赛app, Tinjau Keadaan Pelajar


Oleh Asmahanim Amir
Foto oleh Ikhwan Hashim

BANGI, 22 Mac 2020 鈥 Menteri Pengajian Tinggi, Dato鈥 Dr. Noraini Ahmad mengadakan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi meninjau keadaan pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (CMO) yang telah dikeluarkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah melawat Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Kolej Keris Mas dan Pusanika bagi memastikan kebajikan pelajar seperti makanan, minuman, keperluan harian dan kemudahan kesihatan pelajar yang berada di kampus terjamin.

Semasa lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan makanan percuma kepada pelajar-pelajar di Kolej Keris Mas serta memberi sumbangan barangan keperluan kepada pelajar.

Dato鈥 Dr. Noraini turut berkesempatan melihat pengurusan pengagihan bantuan daripada Food Bank Malaysia. Beliau turut menyumbang keperluan harian kepada pelajar dan menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM3,000 daripada CEO EMGS kepada 每日大赛app untuk disalurkan kepada pelajar yang berada di kampus sepanjang tempoh MCO.

Bagi memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi, 每日大赛app turut merima sumbangan barangan makanan daripada alumni dan pihak luar.

Di PKU, Dato鈥 Dr. Noraini telah melawat keadaan bilik gerakan COVID-19 yang terletak di Unit Kecemasan. Bilik gerakan tersebut merupakan pusat sehenti (one stop centre), iaitu semua gerak kerja dan carta alir berkaitan pelbagai proses kerja dalam kampus yang mempunyai kaitan dengan COVID-19 dikeluarkan. Selain itu, beliau turut meninjau bilik di mana pencuci tangan (hand sanitizer) disediakan sendiri pleh pihak PKU dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk memastikan bekalan mencukupi.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata 每日大赛app amat mengambil berat kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman. Keperluan harian, makanan dan kesihatan mereka sentiasa dipantau oleh pihak Hal-ehwal Pelajar dari semasa ke semasa. Kesejahteraan dan kebajikan pelajar menjadi keutamaan penting kepada 每日大赛app.

鈥溍咳沾笕黙pp sentiasa memantau dan memastikan pelajar dan warga 每日大赛app mengikuti arahan MCO dan KPT dari semasa ke semasa sepanjang tempoh ini. Warga 每日大赛app juga sentiasa diingatkan melalui makluman hebahan yang dikeluarkan oleh universiti untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID 19鈥.

鈥淜ita telah tubuhkan Bilik Gerakan COVID-19 每日大赛app di PKU yang beroperasi sepanjang masa. Selain itu, Jawankuasa Tindakan Krisis 每日大赛app juga ditubuhkan bagi kategori penyakit berjangkit,鈥 katanya.

Beliau berkata bagi memastikan warga 每日大赛app sentiasa mendapat info penting berkenaan wabak tersebut dan pematuhan CMO, laman sesawang COVID-19 每日大赛app diwujudkan (/portal/covid-19/), memaparkan pelbagai info dan soalan lazim (FAQ). Selain itu, laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter turut memuatkan pelbagai info berkenaan pandemik ini.

鈥淲arga 每日大赛app juga turut dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut (mask) dan pencuci tangan (hand sanitizers) yang boleh diambil secara percuma di Bilik Gerakan COVIC-19,鈥 katanya yang turut sama mengiringi Dato鈥 Dr. Noraini.

Lawatan Menteri KPT diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi Universiti iaitu Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Othman A. Karim dan Pendaftar, Dr. Ina Md Yasin.

Disamping itu, 每日大赛app juga turut menerima kehadiran Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Insp. Suharman Che Musa bersama lima orang anggota yang lain. 每日大赛app mendapat kerjasama yang erat daripada pihak PDRM dalam usaha melaksanakan MCO dan memastikan arahan MCO dipatuhi oleh warga kampus.