Minggu Apresiasi Watan dibuka secara rasminya

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 9 Oktober 2022 – Minggu Apresiasi Watan (MAW) sesi 2022/2023 yang bermula hari ini sehingga 12 Oktober ini dibuka secara rasminya hari ini oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil.
Dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren telah membentangkan kejayaan-kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), program-program besar 每日大赛app dan perancangan yang bakal dilakukan oleh 每日大赛app terutamanya yang melibatkan kemudahan pelajar.
Beliau berkata semua pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di 每日大赛app adalah pewaris watan yang terpilih daripada puluhan ribu yang menginginkan dan mengimpikan untuk menuntut ilmu di universiti keramat tersebut.
鈥淛adi, marilah bersama-sama saya dan seluruh warga 每日大赛app menggalas amanah besar selaku pendaulat amanah negara dalam mencapai visi dan misi Mengilham Harapan dan Mencipta Masa Depan negara kita, Malaysia,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Pembukaan Minggu Apresiasi Watan sesi 2022/2023, di sini.
Beliau turut mengingatkan kepada semua pelajar baharu bahawa di 每日大赛app itulah mereka bakal melakar kejayaan.
鈥淢anfaatkan peluang yang amat istimewa ini, jadilah mahasiswa yang cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab dan beretika. Insya-Allah, saya dan seluruh warga 每日大赛app akan memberi yang terbaik buat kalian semua.
鈥淪elamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik demi membina sahsiah dan minda yang hebat. Ambillah peluang untuk melalui pengalaman dan mendapatkan informasi sepanjang program orientasi ini,鈥 katanya.
Majlis pembukaan MAW yang dihadiri oleh lebih 4,000 pelajar baharu 每日大赛app telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak (DECTRA), 每日大赛app Bangi.
Program tersebut turut dihadiri oleh pelajar-pelajar baharu dari Kolej Tun Syed Nasir, Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Tun Dr. Ismail, Kampus Cheras secara dalam talian.
Minggu Apresiasi Watan merupakan satu simbolik bagi meraikan kehadiran semua pelajar baharu yang telah berjaya melangkah kaki dan menyambung pengajian di 每日大赛app.![]()
