Modul Pemurnian Akidah dan Istitabah Pelihara Kemaslahatan Umat Islam

Oleh Alyani Azhar
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 6 September 2017- Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menandatangani Modul Pemurniaan Akidah dan Istitabah bagi memelihara kemaslahatan dan kepentingan umat Islam.
Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Dato鈥 Dr Mohd Yusof Othman berkata perjanjian itu penting untuk memelihara kepentingan umat Islam.
鈥淧erjanjian ini penting kerana ia memudahkan urusan dengan ilmu (agama). Ianya diharap agar tidak menimbulkan fitnah dikemudian hari,鈥 katanya.
Beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana telah memberikan kepercayaan untuk bekerjasama menjayakan perjanjian ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dato鈥 Salleh Man berharap perjanjian itu dapat mempertahankan kesucian agama.
鈥淢odul ini berperanan untuk memastikan maslahat dan kewajipan umat Islam terbela dan terjaga,鈥 katanya.
鈥淪emoga perjanjian ini akan diberkati dan dinilai sebagai amal bakti oleh Allah S.W.T,鈥 ujarnya.
Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato鈥 Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Puteri Irhanan Sapeli.![]()


