每日大赛app

MoU 每日大赛app-Jabatan Penjara Malaysia Kukuhkan Jalinan Kerjasama


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KAJANG, 20 Mac 2019 鈥 Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato鈥 Sri Zulkifli Omar berkata, kolaborasi antara 每日大赛app dan JPM adalah bagi memulihara, menyelidik warisan sejarah Jabatan Penjara serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

鈥淢elalui MoU ini, maka jalinan kerjasama yang terjalin dapat merangka inisiatif-inisiatif berkaitan yang mampu memberi nilai tambah kepada ikatan persefahaman ini.

鈥淏esar harapan saya agar pemeteraian MoU ini akan merancakkan lagi bidang kerjasama antara kedua-dua organisasi dan mudah-mudahan akan dapat memberi impak dan manfaat kepada kedua-dua pihak,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-229 di Maktab Penjara Malaysia, Kajang di sini.

Berdasarkan kandungan memorandum tersebut, 每日大赛app akan memberi perkhidmatan di Muzium JPM di Melaka dalam menjalankan kerja-kerja konservasi dan pemuliharaan bahan dan artifak serta membantu pihak JPM menyelia, pengurusan inventori dan daftar artifak, penyusunan, teknik pameran, promosi dan sebagainya.

Selain itu, kedua-dua pihak boleh menempatkan kakitangan dan pelajar bagi tujuan pembelajaran semasa proses melaksanakan aktiviti yang dipersetujui seperti yang termaktub dalam bidang kerjasama.

Majlis MoU tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah yang mewakili 每日大赛app manakala JPM diwakili oleh Dato鈥 Sri Zulkifli dan disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato鈥 Muhyiddin Mohd Yassin.