ÿÈÕ´óÈüapp

Naib Canselor Pertama ÿÈÕ´óÈüapp Meninggal Dunia


Oleh Asmahanim Amir

BANGI, 30 Mac 2020 – Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp), Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Ampang Puteri pada usia 85 tahun.

Semasa hayatnya, beliau telah memegang jawatan sebagai Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp pada usia 33 tahun bermula pada tahun 1969 hingga 1971, kemudian dilantik sebagai Pengerusi Majlis ÿÈÕ´óÈüapp pada tahun 1987 dan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp yang pertama pada tahun 1997 hingga 2005.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013 yang merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada tokoh yang sangat berjasa dalam pembangunan dan pengukuhan pendidikan negara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan adalah nama besar negara kerana keterlibatannya secara langsung dalam sejarah penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp. Beliau yang menganggotai Jawatankuasa Penaja Penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp pada ketika itu dilihat sebagai seorang tokoh yang layak memimpin sebuah universiti baharu. Sudah tentu pengalaman yang beliau ada menjadi ramuan berguna dalam membangun dan menggerakkan pembangunan ÿÈÕ´óÈüapp di peringkat awal penubuhannya.

Beliau pernah menegaskan bahawa ÿÈÕ´óÈüapp adalah sebuah universiti untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang bagi menampung pelajar yang menguasai Bahasa Melayu. Dengan keperibadiannya, beliau telah menyatukan pelbagai pemegang taruh termasuk pelajar, kerajaan dan masyarakat untuk mendukung dengan kuat kewujudan ÿÈÕ´óÈüapp.

Pada saat beliau dilantik sebagai Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, negara sedang bergelut dengan keruncingan perpaduan nasional. Beliau yang mengganggotai Jawatankuasa Sosial di bawah Majlis Gerakan Negara, dilihat sebagai seorang tokoh pendidikan yang berani dan berupaya menzahirkan pemikiran bernas bagi memupuk penjernihan hubungan antara kaum.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan adalah seorang insan yang sangat berjasa kepada negara, khususnya ÿÈÕ´óÈüapp. Beliau meninggal dunia pada saat ÿÈÕ´óÈüapp mencecah usia 50 tahun pada 2020 iaitu Sambutan Jubli Emas dan sudah pastinya jiwa ÿÈÕ´óÈüapp amat terasa dengan kehilangan ini.