Naib Canselor Seru Warga 每日大赛app Amalkan Norma Kehidupan Baharu

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 29 Januari 2021 鈥 Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Dr. Mohd Ekwan Toriman menyeru seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengamalkan norma kehidupan yang baharu dan memainkan peranan yang proaktif dalam memerangi wabak COVID-19.
Beliau berkata seluruh warga 每日大赛app perlu berjaga-jaga dan menjaga keselamatan serta kesihatan diri kerana bilangan kes jangkitan COVID-19 masih berada pada paras yang tinggi.
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita dan masyarakat terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan juga bencana yang lain. Sememangnya doa adalah salah satu senjata yang kuat bagi setiap muslimin dan muslimat,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program 每日大赛app Berdoa dan Bermunajat yang diadakan secara da;am talian, hari ini.
Katanya, sebagai sebuah universiti watan, 每日大赛app turut memainkan peranan dalam membantu negara bagi meningatkan kapasiti pengujian sampel pesakit untuk mengesan COVID-19 menerusi Institut Biologi Molekular (UMBI) dan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
鈥淪aya berdoa kepada Allah SWT agar semua warga 每日大赛app sentiasa dilindungi dan dirahmati. Semoga program yang dianjurkan ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT,鈥 katanya.
Program yang turut disertakan dengan majlis bacaan surah Yassin dan ceramah agama telah disertai oleh lebih 500 warga 每日大赛app yang melayarinya melalui aplikasi Zoom dan Facebook live.聽
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato鈥 Seri Abdul Wahid Omar.![]()



