Naib Canselor 每日大赛app Kongsi Pengalaman dalam Kepimpinan

Oleh Izzul Aniq
Foto oleh Ikhwan Hashim
BANGI, 2 Ogos 2018 鈥 Mentakrifkan kejayaan adalah lebih penting dalam perancangan organisasi dan ianya harus dilakukan dengan teliti. Ini kerana Plan to Fail adalah lebih baik daripada Fail to Plan,鈥 kata Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali.
Beliau telah berkongsi ilmu dan pengalamannya sebagai seorang pemimpin dalam menguruskan organisasi melalui syarahan bertajuk Perancangan Organisasi Efektif.
Dalam syarahannya, beliau berkata, mendefinisikan matlamat akhir antara ahli organisasi adalah sama pentingnya dengan proses melaksanakan.
Seorang pemimpin yang baik juga harus membawa perubahan yang positif kepada organisasi dan sebagai pemimpin, adalah amat penting untuk meyakinkan ahli-ahli organisasi untuk bersama dalam mencapai matlamat, tambah beliau.
Beliau berkata, proses mengenalpasti 鈥楰enapa, Apa dan Bagaimana鈥 adalah langkah yang perlu dilakukan oleh para pemimpin dalam membentuk aliran proses merancang dan melaksanakan agenda awam.
Selain itu, perbincangan tentang memastikan 每日大赛app menyediakan persekitaran yang mesra wanita turut diadakan bagi memberikan keselamatan kepada para wanita di 每日大赛app.
Seramai 31 para pemimpin wanita telah dianugerahkan Master Certificate of Women Leadership atas kejayaan mereka melengkapkan Program Kepimpinan Wanita anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, 每日大赛app.
Program Kepimpinan Wanita Fasa 3 itu turut disertai oleh Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita (PKW) Tun Fatimah Hashim, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak yang telah memberi syarahan tentang Teknologi Efektif untuk Kepimpinan.
Program tersebut adalah kerjasama antara PKW bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.![]()


