Oval Kriket 每日大赛app-YSD Kedua Terbaik di Malaysia

Oleh Mohamad Fazlan Kamaruzaman
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 7 Januari 2019 鈥 Oval Kriket bertaraf antarabangsa, Oval Kriket Universiti Kebangsaan Malaysia – Yayasan Sime Darby (每日大赛app-YSD) yang telah siap pembinannya pada April 2018 adalah yang kedua terbaik di Malaysia, selepas Oval Kriket Bayuemas, kata Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Pembinaan oval bernilai RM2.3 juta dengan RM1.4 juta adalah hasil sumbangan kewangan Yayasan Sime Darby (YSD) telah mula dibina pada 6 Februari 2016.
Tun Ahmad Sarji yang juga Pro Canselor 每日大赛app berkata, dengan pembinaan oval kriket itu, pastinya lebih ramai bakat baru kriket dapat dicungkil.
鈥淒engan pembinaan oval yang lengkap ini, pemilihan bakat-bakat baru boleh dibuat dengan lebih meluas. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan satu lambakan pemain kriket dan lebih mudah untuk membentuk sebuah pasukan serta menjalankan latihan,鈥 katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Oval Kriket 每日大赛app-YSD di Perkarangan Padang Oval每日大赛app-YSD sini.
Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pelbagai kejohanan telah diadakan di oval tersebut seperti Kejohanan Perisai Raja-Raja, Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan 鈥World Cricket League Division 4鈥.
Beliau berkata, oval itu juga melengkapkan lagi prasarana sukan di 每日大赛app selain stadium, kelab golf, gelanggang skuasy dan lain-lain kemudahan sukan yang dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan di 每日大赛app.
鈥淪aya berharap agar kerjasama antara 每日大赛app dan YSD bukan sahaja dalam bidang sukan, malah penyelidikan dan pendidikan akan dapat dilestarikan demi manfaat bersama, seterusnya menyumbang kepada masyarakat,鈥 kata beliau.
Turut hadir, Pemangku Pengerusi YSD, Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, mantan Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Timbalan-timbalan Naib Canselor 每日大赛app.![]()


