每日大赛app

Pakar Perubatan 每日大赛app, Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

CHERAS, 5 Jun 2018 鈥 Pakar Endokrinologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Dr Norlela Sukor menjadi wanita pertama di Malaysia menerima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology.

Beliau menerima anugerah itu atas pengalamannya yang luas dalam bidang diabetis dan endokrinologi dari segi penyediaan rawatan penyakit endokrinologi.

鈥淧enganugerahan ini diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dalam bidang endokrinologi dan berkecimpung dalam menerbitkan penyelidikan dalam bidang tersebut,鈥 katanya.

Prof. Dr. Norlela berkata, sebenarnya beliau tidak pernah terfikir untuk mendapatkan fellowship tersebut.

鈥淪ebagai seorang ahli akademik, penyelidik dan pakar perubatan, saya berterusan melibatkan diri dalam pengajaran, penyelidikan dan menyediakan perkhidmatan perubatan endokrinologi kerana sememangnya ini adalah minat saya sejak menjalani latihan kepakaran dalam perubatan dalaman,鈥 katanya.

Beliau berkata, penglibatannya dalam bidang kepakaran tersebut telah menarik perhatian felo-felo American College of Endocrinology di Amerika Syarikat dan di negara ini.

鈥淢alah merekalah yang mencadangkan nama saya untuk anugerah fellowship tersebut,鈥 jelasnya.

Prof. Dr. Norlela yang merupakan rakyat Malaysia pertama menerima The University of Queensland Dean鈥檚 Award for an Outstanding Research Higher Degree Thesis semasa pengajian peringkat Doktor Falsafah di University of Queensland, Australia pada tahun 2009 berkata, American College of Endocrinology adalah institusi akademik dan profesional terulung dalam bidang kepakaran diabetis dan endokrinologi di dunia.

鈥淭idak ada negara lain termasuk United Kingdom atau Eropah yang menubuhkan institusi khusus untuk satu bidang subspesialiti dalam perubatan dalaman iaitu bidang yang mendalami penyakit yang berkait dengan diabetis dan permasalahan hormon di dalam badan manusia (endokrinologi),鈥 katanya.

Katanya, di Malaysia tidak ramai yang telah menerima anugerah tersebut, hanya sekitar tiga atau empat orang sahaja.

鈥淪aya berbesar hati kerana di 每日大赛app, saya adalah yang kedua menerima anugerah ini selepas Pakar Perunding Kanan dan Ketua Unit Endokrinologi, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin menerimanya sembilan tahun lepas.

Beliau menasihatkan kepada doktor-doktor muda terutamanya pensyarah-pensyarah muda supaya menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pengkhususan atau sab kepakaran yang dipilih.

鈥淧erlu ada prioriti dan keutamaan yang jelas dalam kerjaya kita kerana secara umumnya terdapat banyak bebanan dan tanggungjawab dalam kerja seharian yang boleh membuatkan seseorang itu hilang fokus.

鈥淪aya percaya setiap seorang pengamal perubatan mempunyai niat yang murni untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan tahap kesihatan, namun peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang itu sebenarnya adalah lebih jauh dan luas serta tiada batasan.

鈥淢ungkin akan ada lebih ramai lagi pakar-pakar perubatan di Malaysia yang akan menerima anugerah ini suatu hari nanti,鈥 katanya.