Pasukan Bola Tampar 每日大赛app dinobat Pasukan Lelaki Terbaik SUKIPT 2018

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 15 Feb 2018 鈥 Pasukan bola tampar Univrsiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah dinobatkan sebagai pasukan lelaki terbaik Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 yang telah menutup tirai pada 10 Februari lepas.
Pasukan yang diketuai oleh Mohd Aizat Mohd Zokri, pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan telah memenangi pingat emas selepas menewaskan pasukan UPM dengan agregat 3-1.
Mohd Aizat berkata kejayaan itu adalah kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh pasukannya sepanjang SUKIPT berlangsung.
鈥淜ami lebih meningkatkan kualiti latihan berbanding kemenangan kerana kami berpegang bahawa jika berlatih dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah kemenangan itu akan datang kemudian,鈥 katanya selepas Majlis Penutup SUKIPT 2018 baru-baru ini.
Beliau berkata pasukan bola tampar 每日大赛app akan terus menempa kejayaan demi kejayaan kerana pasukan itu memiliki pemian bertaraf nasional.
鈥淜ita mempunyai tiga hingga empat pemain yang telah mewakili Negara dalam Sukan SEA 2017. Jadi, saya yakin pasukan kami mempunyai masa depan yang cerah untuk menaikkan lagi nama 每日大赛app dipersada sukan negara,鈥 katanya.
Beliau berharap agar pasukan bola tampar 每日大赛app akan terus mengekalkan momentum yang telah ada dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang.
SUKIPT 2018 adalah kejohanan bertaraf antarabangsa kerana julung kalinya menerima penyertaan dari Christ University, India untuk sukan kriket.
Selain itu, tiga negara ASEAN yang turut bertanding dalam SUKIPT ialah Thailand聽 yang diwakili oleh Thaksin University, Nakhon Si Thammarat Rajabhat University, Phuket Rajabhat University, Suratthani University dan Thammasat University.
Indonesia diwakili Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Surabaya manakala Singapura diwakili oleh Nanyang Technological University.
SUKIPT edisi keempat telah mempertaruhkan 238 pingat emas, 238 pingat perak dan 399 pingat gangsa untuk 27 acara.
Temasya sukan itu disertai oleh 78 kontinjen iaitu 20 universiti awam, 42 universiti swasta, sembilan universiti antarabangsa, lima institut pendidikan guru, Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti Malaysia telah berlangsung 聽dari 2 hingga 10 Februari di 每日大赛app, Bangi.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Ibrahim Saad. Turut hadir ialah Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali.![]()
