Pasukan Penyelidik Muda 每日大赛app Bangunkan Teknologi Fermentasi Hasilkan Minuman daripada Air Kelapa Tua dengan Manfaat Kesihatan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 20 September 2019 鈥 Pasukan penyelidik muda dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang diketuai oleh Dr Lim Seng Joe telah berjaya menghasilkan minuman daripada air kelapa tua (keruh) menggunakan kaedah penapaian yang membawa kepada peningkatan manfaat kesihatan.
Dr. Lim berkata, penyelidikan tersebut telah bermula sejak setahun yang lepas, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Linaco Resources Sdn. Bhd. (Linaco), yang merupakan pengeluar produk berasaskan kelapa terbesar di Malaysia.
鈥淎ir kelapa yang kita gunakan ini adalah air kelapa tua yang keruh dan kita menjalankan proses penapaian terhadapnya. Air kelapa tua yang telah menjadi keruh tidak sesuai dipasarkan sebagai minuman kerana berkualiti rendah dan tidak elok untuk diminum.
鈥淥leh itu, kami membangunkan teknologi fermentasi pada air kelapa ini untuk dijadikan produk baharu yang selamat untuk diminum,鈥 katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perlesenan Teknologi (TLA) antara 每日大赛app Technology Sdn Bhd dengan Linaco, di Bilik Mesyuarat Canselori, Bangunan Pentadbiran 每日大赛app, baru-baru ini.
Beliau berkata, pasukannya pernah mengadakan kolaborasi penyelidikan dengan Linaco, untuk menjalankan penyelidikan lain yang berskala kecil.
鈥淒aripada kolaborasi tersebut, kami telah mengadakan perbincangan susulan, dan didapati kilang mereka mengeluarkan air kelapa dan air kelapa yang dihasilkan tidak semuanya elok. Ada sesetengah air kelapa yang rosak dan keruh, dan terpaksa melalui proses rawatan air sebelum dibuang (anggaran dua tan sehari), yang secara literalnya.
鈥淚ni melibatkan kos dan menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak syarikat. Oleh itu, mereka datang kepada kami untuk berbincang dan bertanya adakah air kelapa yang keruh boleh digunakan semula. Kemudian, saya berbincang dengan Dr Shazrul Fazry Sa鈥檃riwijaya berkenaan dengan permintaan Linaco dan Dr. Shazrul bersetuju dengan penyelidikan ini,鈥 katanya.
Ujarnya, proses penyelidikan itu memerlukan pasukannya membawa teknologi makmal kepada kilang bagi penghasilan produk air kelapa terfermentasi pada skala komersial.
鈥淒i pihak 每日大赛app, kami tidak menghasilkan produk, tetapi membangunkan teknologi untuk Linaco. Melalui TLA ini, tanggungjawab utama kami adalah memberi khidmat nasihat kepada mereka (Linaco) mengenai teknologi yang dibangunkan, serta kaedah untuk menaik-skala teknologi ini ke arah pengeluaran skala komersial di kilang mereka.
鈥淧roduk ini boleh pergi jauh dalam pasaran. Linaco merancang untuk eksport produk berasaskan kelapa ini terutamanya ke China dan Eropah,鈥 katanya.
Sementara itu, Dr Shazrul Fazry berkata, air kelapa yang keruh adalah produk buangan kepada syarikat Linaco kerana ia adalah out of spec.
鈥淎ir minuman berasakan air kelapa terfermentasi hasil daripada teknologi kami mampu mengatasi masalah ini (air kelapa keruh) dan memberi kebaikan kepada pengguna di atas khasiat yang terkandung dalam air minuman tersebut.
鈥淧ada masa itu, kami dah ada beberapa penyelidikan yang menggunakan mikroorganisma iaitu yis dan bakteria. Idea tersebut datang dan kami menjalankan beberapa sampel percubaan dan dapati ianya adalah berdaya maju, iaitu boleh diperkembangkan sebagai salah satu produk.
鈥淜ami telah menghasilkan beberapa prototaip kepada Linaco untuk dirasa (air kelapa terfermentasi) dan kedua-dua pihak berasa yakin yang produk ini boleh dipasarkan,鈥 jelasnya.
Pasukan penyelidikan itu turut dianggotai oleh dua lagi penyelidik FST iaitu Prof Dr 聽Wan Aida Wan Mustapha dan Dr Babul Airianah Othman.


