Pejabat Satelit Beri Nafas Baru dalam Penyelidikan di PPTC

Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Ikhwan Hashim, Shahiddan Saidi
BANGI, 26 Oktober 2016 – Pejabat Satelit yang di bina di Pusat penyelidikan Tasik Chini (PPTC), 每日大赛app telah memberi nafas baru kepada penyelidikan.
Ketua PPTC 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Seri Dr. Mushrifah Idris berkata pejabat satelit diletakkan di kawasan tersebut kerana ia adalah kawasan biosfera simpanan di bawah UNESCO sejak Mei 2009.
鈥淭erdapat banyak perkara yang boleh dipelopori oleh 每日大赛app kerana konsep-konsep yang sebelum ini kita praktikkan selaras dengan perkara yang dibuat oleh UNESCO,鈥 katanya.
Beliau berkata seperti UNESCO, 每日大赛app juga menekankan usaha-usaha pemuliharaan, penyelidikan dan penglibatan komuniti dalam setiap kajian yang dilakukan.
Katanya, selain dari pejabat satelit ,di PPTC juga terdapat makmal hidrologi, klimatologi, mikrobiologi dan kualiti air.
鈥淪emua makmal ini menekankan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan penyelidik-penyelidik 每日大赛app akan menggunakan makmal ini dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.
鈥淜alau boleh, kita mahu menerapkan semua ilmu ini kepada generasi muda, bukan sahaja kepada warga 每日大赛app tetapi komuniti di sekitar kawasan Tasik Chini,鈥 jelasnya.
PPTC juga mempunyai galeri yang menyimpan memori perjalanan penubuhan pusat penyelidikan itu sehingga sekarang.
Prof. Mushrifah berkata galeri tersebut juga turut menyimpan kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh PPTC bukan hanya untuk menara gading tetapi juga memaparkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh para penyelidik di situ.![]()