Pelajar Sarjana 每日大赛app Juara Sukan Memanjat Dinding di Sabah

Oleh Engku Shariful Azni
Foto oleh Ahmad Shahhidan Saidi & Muhamad Zahin
BANGI, 1 Oktober 2018 – Pelajar Sarjana Sains (Tenaga Keterbaharuan) dari Institut Penyelidikan Tenaga Solar (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Muhamad Zahin Mohd Ashhar, 26, telah menjadi Johan dalam sukan memanjat dinding Boulder Buster 2018 di Suria Sabah, Sabah, baru-baru ini.
Zahin yang sudah berkecimpung dalam sukan lasak tersebut sejak lapan tahun lalu meluahkan rasa teruja kerana dapat menyertai semula pertandingan itu selepas tiga tahun berehat.
鈥淎pabila saya terlihat iklan pertandingan ini tiga bulan yang lalu, saya berasa teruja untuk menyertainya kerana sudah lama tidak masuk bertanding.
Rasa rindu kepada keseronokan dan cabaran yang ada dalam sukan ini membuatkan saya ingin kembali ke dalam arena sukan ini,鈥 jelasnya.
Berbekalkan semangat dan cintanya terhadap sukan lasak, beliau turut dibantu oleh jurulatihnya untuk mempersiapkan diri menyertai pertandingan tersebut.
鈥淟atihan sahaja tidak mencukupi, saya juga perlu memantau pengambilan kalori yang mencukupi, mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat dan mengambil tempoh rehat serta tidur yang secukupnya,鈥 katanya.
Sepanjang lapan tahun dalam dunia sukan ini, beliau tidak dapat lari daripada mengalami kecederaan yang hampir mematahkan semangatnya untuk terus kekal dalam arena tersebut.
鈥淟igamen pada pergelangan tangan saya pernah terkoyak sehinggakan saya disuruh untuk berehat selama dua bulan daripada melakukan sebarang aktiviti berat.
Pernah juga saya mengalami kecederaan pada sendi jari tangan pada tahun lepas yang menyebabkan saya tidak dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan,鈥 ujarnya.
Walaupun begitu, rasa cintanya terhadap sukan lasak tidak pernah padam kerana sukan sebegini mampu memberikan kepuasan kepada dirinya.
鈥淪ukan memanjat ini membolehkan saya mengukur pencapaian saya sedikit demi sedikit dengan mencabar diri untuk melepasi halangan yang berbeza setiap hari.
Setelah berjaya melepasi satu demi satu halangan, saya berasa puas dan sentiasa dahagakan cabaran yang lebih lagi,鈥漷ambah beliau.
Muhamad Zain menanamkan impian untuk mewakili 每日大赛app dalam sukan memanjat dinding berharap aktiviti lasak itu akan terus mendapat perhatian masyarakat kerana sukan itu ia tidak begitu menonjol di Malaysia.
Pertandingan Boulder Buster 2018 yang dianjurkan oleh Persatuan Mendaki Negeri Sabah (SCA) dan Mountain Torq Sdn. Bhd. yang pertama kali diadakan telah menghimpunkan pemanjat tempatan dan penyertaannya terbuka kepada semua.![]()


