每日大赛app

Dua Pelajar Sekolah Daerah Sepang Terpilih Jalani STEM-IoT SAT 18


Oleh Inaara Aznan

Foto oleh Shahiddan Saidi

BANGI, 18 Disember 2018 – Dua pelajar dari dua buah sekolah di Daerah Sepang telah telah terpilih menjalani menjalani STEM-IoT: School Attachment聽Programme (STEM-IoT SAP 18) selama tiga minggu bermula 3 Disember sehingga 20 Dis 2018 di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti KEbangsaan Malaysia (每日大赛app).

Pelajar-pelajar tersebut ialah Nur Iman Mohd Shahrel Faizal, 14, menti dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pelek dan Mohd Syakir Fathillah, 14, menti dari SMK Sungai Rawang. Mereka adalah peserta untuk program Mentor-Menti 每日大赛app-JPNS: STEM IoT.

Muhammad Hazif Ikhwan Zulkarnain,聽telah berkongsi berkaitan projek dan pengalaman dalam projek聽Clinical QMS Management System.聽Projek tersebut merupakan projek kerjasama antara Program Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS) FKAB dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dalam penyelesaian masalah klinikal.

Nur Iman Mohd Shahrel Faizal pula聽berkongsi pengalaman dan projek聽Widex Auto Lock Door System.聽Projek itu merupakan projek PKAS FKAB dalam pembangunan sistem pengurusan pintu pintar.

Ketua Projek Mento Menti, Dr. Kalaivani Chellappan berkata projek tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara praktikal kepada pelajar dalam mengintegrasi pengetahuan STEM melalui kemahiran dan teknologi pendidikan abad ke-21.

鈥淪aya berharap pada sesi-sesi seterusnya, kita dapat melihat input dan output daripada 15 bulan melaksanakan program STEM-IOT,鈥 katanya.

Projek Mentor Menti 每日大赛app-JPNS: STEM IoT ini telah dilaksanakan sejak Oktober 2017 PKAS FKAB di bawah Program Mentor-Menti STEM 每日大赛app dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

STEM-IoT juga mengetengahkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi melalui pelaksanaan projek yang bertemakan Pertanian Bandar.