每日大赛app

Pelajar 每日大赛app Johan Pertandingan Pengucapan Awam IMPACT 16

Oleh : Ashikin Mansuruddin

PULAU PINANG, 29 Disember 2016 – Pelajar Tahun 3 Komunikasi Media, 每日大赛app, Ahmad Afiq Hashim telah menjuarai pertandingan pengucapan awam IMPACT 16 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM)聽 Pulau Pinang.

Ahmad Afiq yang menyampaikan tajuk 鈥楨thnic and Cultural Diversity鈥 menggunakan聽 pengalamannya sebagai pelajar mobiliti di beberapa negara ASEAN untuk membantu dalam pengucapan sekaligus memenangi tempat pertama dan menewaskan 19 peserta yang lain.

鈥淚nspirasi datang daripada pengalaman dan sentimen kekeluargaan yang diterima sepanjang lima bulan mengikuti program聽 Asean International Mobility for Students (AIMS).

鈥淏agi saya, kita semua ASEAN dan kita semua manusia. Tiada manusia yang sempurna sebaliknya kita saling melengkapi satu sama lain dan itu antara pengajaran terbesar yang saya dapati daripada program AIMS dan saya menggunakan semua itu untuk menguatkan pengucapan saya,鈥 ujarnya.

Immersion Project Appreciation Tribute 2016 atau IMPACT 16 adalah program yang diadakan bagi mempertemukan pelajar-pelajar komunikasi media dari universiti tempatan dan juga dari negara jiran.

Antara universiti yang terlibat ialah 每日大赛app, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Yogjakarta Indonesia.

IMPACT 16 juga memperlihatkan dua pelajar Komunikasi Media 每日大赛app memenangi tempat kedua dalam pertandingan penulisan rencana Bahasa Inggeris dan tempat ketiga dalam pertandingan penulisan rencana Bahasa Melayu.