Pengurusan Tertinggi 每日大赛app Santuni Pelajar Terjejas dengan Banjir Puing

Oleh Asmahanim Amir
Foto Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
SUNGAI PETANI, 4 September 2021 鈥 Kejadian kepala air atau banjir puing yang berlaku di daerah Kuala Muda dan Yan pada 18 Ogos lalu telah membawa pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menyantuni pelajar dan keluarga yang terlibat dengan kejadian tersebut.
Timbalan Naib Canselor (TNC), Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin berkata pihak pengurusan 每日大赛app menyantuni pelajar-pelajar tersebut dengan memberi bantuan kewangan dan barangan dapur.
鈥淢elalui Zakat Universiti, kita datang memberi sumbangan wang tunai dan sedikit barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga pelajar kita yang terjejas dengan kejadian ini.
鈥淪elain itu, Jabatan Bendahari melalui Kelab Kebajikan turut sama memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar ini,鈥 katanya semasa mengunjungi keluarga pelajar yang terlibat dengan kejadian banjir puing di sini.
Katanya, beliau bersyukur kerana semasa kejadian, semua pelajar telah tamat peperiksaan akhir semester.
鈥淎lhamdulillah, semasa kejadian semua pelajar kita dalam cuti semester kerana mereka telah tamat peperiksaan akhir. Jadi, kejadian itu tidak menggangu emosi mereka dalam menduduki peperiksaan,鈥 katanya.
Sementara itu, TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Othman A Karim yang turut sama dalam lawatan itu berkata sumbangan dan bantuan itu adalah inisiatif Zakat 每日大赛app yang telah mengenal pasti pelajar-pelajar yang terkesan dengan kejadian kepala air (banjir puing) yang berlaku baru-baru ini.
鈥淜ita dapati terdapat lima pelajar yang terjejas iaitu satu di Merbok, Sungai Petani dan empat lagi di daerah Yan.
鈥淢ereka ini adalah pelajar-pelajar undergraduate dan postgraduate termasuk pelajar PJJ (pengajian jarak jauh) melalui Pusat Kembangan Pendidikan.
鈥淧encarian pelajar adalah melalui HEP dan Zakat 每日大赛app. Kita buat iklan kepada pelajar, dan mereka yang terjejas boleh mohon bantuan ini. Setelah diteliti bersama pejabat zakat 每日大赛app, kita dapati lima pelajar tersebut perlu diberi bantuan,鈥 katanya.
Erma Najihah Shaharim, pelajar tahun tiga program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, berkata dia berterima kasih kepada pihak pengurusan 每日大赛app yang sudi datang dari jauh bagi memberi sumbangan kepada keluarganya yang terkesan dengan kejadian banjir tersebut.
鈥淪emasa kejadian, perkara pertama yang saya selamatkan adalah laptop kerana ini adalah sumber pembelajaran saya di rumah. Barang-barang lain memang tak dapat diselamatkan sebab air naik dengan cepat. Rumah saya pula bersebelahan dengan sungai. Kereta, motosikal, almari, tilam, dan beberapa barangan elektrik lain banyak yang rosak,鈥 katanya.
Dia bersyukur kerana 每日大赛app sentiasa prihatin dengan keadaan yang menimpa pelajar dalam menyalurkan bantuan kepada pelajar yang terjejas dengan bencana alam.
鈥淭erima kasih kepada Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pemgurusan 每日大赛app yang sudah dua kali datang memberi bantuan kepada keluarga saya seletelah mendapat maklumat tentang kejadian ini.
鈥淭indakan pantas dari pihak atasan 每日大赛app sangat-sangat saya hargai dan tidak akan saya lupakan,鈥 katanya.
Sementara itu, di Yan, pelajar program Psikologi, FSSK, Mohd Khairul Rizal Abdul Rahim berkata 每日大赛app mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi terhadap pelajarnya.
鈥淧engurusan tertinggi sendiri yang datang untuk melihat apa yang berlaku dan mengambil berat dengan keadaan pelajar-pelajar. Mereka (每日大赛app) tidak meletakkan jurang perbezaan antara mana-mana pelajar sama ada pelajar PJJ atau pelajar sepenuh masa untuk memberi bantuan,鈥 katanya yang merupakan pelajar PJJ.
Khairul Rizal yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang berkata dia sangat terharu dengan kehadiran pengurusan tertinggi 每日大赛app yang sudah dua kali datang ke rumahnya itu.
Bagi Nor Adilah Rasli pula, dia rasa gembira atas keprihatinan pengurusan 每日大赛app yang sanggup datang ke kediaman ibu bapanya di Kampung Permatang Chengai, Yan.
鈥淒alam masa yang sama kehadiran wakil 每日大赛app ini telah membangkitkan semula emosi dan semangat kami sekeluarga. Terima kasih kepada 每日大赛app yang sentiasa prihatin dengan keadaan pelajar-pelajarnya,鈥 katanya yang merupakan pelajar Fakulti Pendidikan.
Dua lagi pelajar yang turut mendapat sumbangan dari Zakat 每日大赛app ialah Muhamad Ashraf Haiqal Rizal dan Mohd Hafizan Ab Halim.![]()
