Pensyarah Muda Perlu Ambil Peluang Tingkat Pengetahuan

Oleh Radzuan Ghazali
Foto 聽Muhammad Izwan Azman
BANGI, 26 Ogos 2016 – Pensyarah-pensyarah muda perlu mengambil peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang akademik agar dapat digunakan sebagai modul utama pembelajaran kepada mahasiswa Universiti.
Demikian menurut Profesor Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Prof. Datuk Dr. Baharuddin Yatim ketika berucap di Majlis Syarahan Umum bertajuk Kenangan di 每日大赛app, baru-baru ini.
Menurut beliau, para pensyarah muda perlu aktif dan cergas dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memahami kehendak Universiti dan tuntutan pelajar.
Hadir sama, Dekan FST, Prof. Dr. Shahrim Ahmad, Pengerusi Pusat Sains Fizik Gunaan, Prof. Dr. Supian Samat, Prof. Emarita, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, para pensyarah dan jemputan.
Prof. Baharuddin yang baharu menamatkan perkhidmatan dengan 每日大赛app menjelaskan banyak kenangan manis yang beliau tempuhi sepanjang 46 tahun berkhidmat di 每日大赛app.
鈥淪aya percaya semua ini adalah satu proses kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang ahli akademik sepanjang bertugas di Universiti.
鈥淪aya yakin 每日大赛app akan terus maju kehadapan dan sentiasa cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,鈥 ujarnya.![]()

