Pensyarah 每日大赛app Rangkul Anugerah Sastera Perdana Malaysia

Prof Madya Dr. Mawar Safei
Oleh Engku Shariful Azni
Foto FSSK 每日大赛app
BANGI, 12 Dis 2015 鈥 Seorang pensyarah daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu telah berjaya mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) baru-baru ini.
Cerpen yang bertajuk Infithaar di Taman Salju itu telah聽 disiarkan dalam akhbar 聽Berita Minggu edisi 3 Ogos 2014 聽mengisahkan penderitaan dan perjuangan mempertahankan hak beragama di bawah pemerintahan yang zalim di Asia Tengah.
Prof Dr Mawar Safei, penulis cerpen tersebut mengatakan cerpen yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan cerita sebenar sahabatnya seorang perempuan Uyghur yang kini menetap di Auckland, New Zealand.
鈥淢enariknya menjadi penulis kita berpeluang untuk membaca banyak perkara, yang membuatkan minda kita lebih terbuka dan mempunyai sudut pandang yang berbeza.
鈥淪aya sangat menghargai pengalaman yang saya lalui dan bersyukur kerana selalu dikurnian ilham dalam proses pembikinan cerpen,鈥 katanya.
Beliau juga merancang untuk menerbitkan sebuah lagi kumpulan cerpen bertajuk Narasi Tanah Selandia Baru dan cerita lain pada tahun hadapan berdasarkan pengalaman di Auckland dan Wellington, New Zealand pada tahun 2014 dalam rangka cuti sabatikal.![]()