每日大赛app

Penyelidik 每日大赛app Bangunkan Airborne IoT Network Pantau Kualiti Air


Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 6 Januari 2020 – Dalam memastikan keadaan biosfera Tasik Chini terpelihara, pasukan penyelidik dari Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Komunikasi Terkehadapan聽(PEKET), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) 每日大赛app telah membangunkan teknologi platform komunikasi tanpa wayar yang inovatif, iaitu Airborne Internet of Things Network (AIN).

Keadaan Tasik Chini yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang tinggi dan keadaan muka bumi yang berbukit dan mencabar menghalang para saintis di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) untuk melaksanakan tugas dengan mudah.

Diketuai oleh Prof聽 Madya D. Rosdiadee Nordin, inovasi akan memantau parameter kualiti air, seperti pH, oksigen terlarut, kekeruhan, suhu dan kedalaman.

Prof. Madya Dr Rosdiadee berkata, projek tersebut memfokuskan kepada penggunaan Internet of Things (IoT) membabitkan platform altitud tinggi menggunakan belon, rangkaian tanpa wayar mesin-kepada-mesin (M2M), teknologi sensor dan analisis data raya.

鈥淯ntuk memastikan kelestariannya, sensor yang digunakan dikuasakan oleh bateri tradisional dan tenaga solar. “Platform balon” adalah alternatif yang unggul untuk pengesanan dari jauh kualiti air berbanding menara komunikasi tetap,鈥 katanya.

Beliau berkata, sebelum di bawa ke Tasik Chini, pengujian inovasi AIN telah dilakukan di Tasik Kejuruteraan 每日大赛app selepas segala integrasi dan pengesahan selesai dijalankan.

鈥淧rojek penyelidikan AIN dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar Tasik Chini dengan menyediakan maklumat mengenai kualiti air dan memelihara ekosistem serta biodiversiti kepelbagaian spesies yang bergantung kepada tasik berkenaan sebagai habitat serta rangkaian makanan,鈥 katanya.

Katanya, AIN mempunyai kelebihan iaitu lebih fleksibel dan kosnya lebih murah berbanding pemantauan secara manual oleh saintis yang membabitkan pengurusan kos sumber manusia dan operasi serta pembinaan menara kawalan kekal yang menelan belanja ribuan ringgit.

Penyelidikan yang dijalankan di bawah dana Geran Universiti Penyelidikan (GUP) 每日大赛app bernilai RM80,000 tersebut turut mendapat kerjasama daripada National Institute of Information and Communications Technology (NICT) Japan dan Mimos Bhd.