每日大赛app

Persiapan Kemasukan Pelajar ke Kampus 每日大赛app Berjalan Lancar

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi dan Izwan Azman

BANGI, 18 Februari 2021 鈥 Persiapan bagi menerima kemasukan pelajar daripada enam kategori ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bermula 1 Mac ini berjalan lancar dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pengajian Tinggi聽Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata聽beliau berpuas hati dengan persediaan pelaksanaan proses kemasukan kira-kira lebih 7,000 pelajar di 每日大赛app yang akan bermula pada Mac depan.

鈥淚ni termasuk penyediaan kaunter saringan suhu secara pandu lalu dan asrama isolasi bagi menempatkan pelajar dari kawasan zon merah sebelum dibenarkan mengikuti kuliah masing-masing,鈥 katanya selepas melakukan lawatan kerja di 每日大赛app semalam.

Beliau berkata pelajar daripada enam kategori yang tidak berhasrat untuk kembali ke kampus dan mahu meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah turut dibenarkan memandangkan PdP masih dilaksanakan secara hibrid.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan tiada pelajar daripada enam kategori yang dibenarkan akan diarahkan pulang selepas kembali ke kampus pada 1 Mac ini.

鈥淚nsyaAllah pihak universiti dan KPT akan memastikan pelajar yang datang dan masuk ke kampus akan diterima. Kita akan pastikan tidak timbul lagi isu pelajar diarah pulang聽sebaik tiba di kampus dan kita harapkan proses kemasukan pelajar pada kali ini berjalan lancar聽serta聽lebih teratur,鈥 katanya.

Datuk Seri Dr Noraini turut meberitahu pihak universiti yang akan menetapkan sama ada pelajar yang kembali ke kampus itu dibenarkan untuk keluar dari kawasan kampus, namun arahan KPT adalah pelajar bebas untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan MKN dalam kawasan universiti.

Bermula pada 1 Mac ini, hanya enam kategori pelajar berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus bagi mengikuti sesi PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.

Kategori pertama adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latihan amal, studio, bengkel, dan peralatan khas.

Kedua, pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian; ketiga, pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid dan keempat, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.

Kelima, pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan keenam, pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Semasa lawatan itu juga, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menyampaikan taklimat berkenaan persiapan 每日大赛app dalam menerima kembali kemasukan pelajar ke kampus pada Mac depan.