PIDD 2016 Tumpu Pertumbuhan Ekonomi yang Lestari

Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Ikhwan Hashim
IPOH, 27 September 2016 – Pangkor International Development Dialogue (PIDD) 2016 yang diadakan baru-baru ini, memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang lestari dalam memastikan pertumbuhan ekonomi lebih berdaya tahan.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata PIDD adalah satu jenama baru yang menjadi platform bernilai tinggi untuk pembuat polisi, penyelidik dan pemegang taruh dalam membincangkan perkara-perkara utama dalam pembangunan negara.
鈥淎ntara isu yang dibincangkan adalah pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan lestari.
鈥淢aksudnya kita mahukan pertumbuhan yang kukuh, ekonomi yang berdaya tahan tetapi yang lebih penting adalah pertumbuhan itu mestilah memberi manfaat sebanyak mungkin kepada masyarakat,鈥 katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian PIDD 2016 yang diadakan di sini baru-baru ini.
Ini adalah kali ke-empat PIDD dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak dan kali ke-dua 每日大赛app menjadi rakan strategik bersama Institut Darul Ridzuan (IDR).
Beliau berkata sepanjang berlangsungnya PIDD 2016, 每日大赛app yang menjadi penganjur bersama telah menyusun pelbagai program termasuklah menajdi panel bagi beberapa forum yang dijalankan dengan mempamerkan kekuatan penyelidikan dan memperkenalkan univeristi kepada masyarakat Perak.
Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Prof. Dr. Norman Mohd Saleh melihat penglibatan 每日大赛app dalam PIDD sebagai sangat signifikan 聽kerana disamping dapat membantu IDR dari segi penganjuran persidangan, 每日大赛app juga turut mendapat manfaat dari segi perhubungan dan kelilmuan menerusi persidangan-persidangan yang diadakan.
Hampir 100 pembentang yang terdiri daripada hampir 20 negara termasuk India, Dhaka, Jepun, China, Thailand, Filipina, Sweden dan Timur Tengah telah mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.
PIDD 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato鈥 Seri Diraja Dr Zamry Abd Kadir.![]()


