PKP Waktu Mengasah Bakat Pelajar Berbahasa Inggeris

Oleh Aini Hidayah Abdul Hadi
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 19 Jun 2020 – Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah menghadkan ramai pihak dari menjalani aktiviti rutin harian, namun ia tidak menghalang Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) untuk terus menganjurkan program secara atas talian.
Bagi mengisi masa lapang pelajar semasa tempoh PKP, Pusat CITRA 每日大赛app dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah menganjurkan Program MCO BI@KOLEJ iaitu pertandingan Bahasa Inggeris secara atas talian.
Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu 鈥業 Speak English Everyday鈥 dan 鈥Songwriting鈥 dan telah diterima baik oleh pelajar.
Dekan FSSK, Prof Dr Hazita Azman berkata, pertandingan itu adalah pengalaman baharu bagi pihak universiti dalam mengendalikan pertandingan berbahasa Inggeris secara atas talian dalam tempoh PKP kepada pelajar, sama ada pelajar itu berada di kampus, atau di rumah.
鈥淯ntuk kategori 鈥I Speak English Everyday鈥, pelajar perlu membuat video 鈥榲log鈥 berkaitan rutin harian mereka dalam Bahasa Inggeris setiap hari dalam tempoh seminggu mengikut kreativiti masing-masing dan memuat naik ke laman media sosial.
鈥淢anakala, bagi kategori 鈥Songwriting鈥 pula, peserta diberikan tema berkaitan dengan situasi semasa iaitu COVID-19 dan PKP,鈥 katanya.
Pemenang bagi kategori 鈥I Speak English Everyday鈥, Sinoretha Sining, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana membuka peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam tempoh PKP.
鈥淭erima kasih kerana memberi peluang kepada kami (pelajar) untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya tidak dapat pulang ke kampung dan berada di kampus ketika itu dan dalam tempoh itu sambil mengisi masa lapang saya dengan menyertai pertandingan ini. Saya berharap pihak 每日大赛app menganjurkannya lagi pada masa akan datang,鈥 katanya.
Bagi kategori 鈥Songwriting鈥 pula, penyanyi duet dari FSSK, Chang Yoong Wen dan Lee Jasen yang telah mencipta lagu berjudul 鈥Unsung Hereos鈥 telah diumumkan sebagai pemenang.
鈥淧ertandingan ini membantu dalam menyebarkan lebih banyak informasi dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan COVID-19,鈥 kata Lee Jasen.
Pertandingan tersebut banyak membantu pelajar dan memberi keyakinan kepada mereka untuk berbahasa Inggeris, serta memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris sama ada secara menulis dan bertutur.
Pelajar-pelajar mengharapkan pertandingan tersebut terus diadakan sama ada dalam tempoh PKP atau di luar waktu PKP pada masa akan datang.![]()



