PP每日大赛app dengan Kerjasama EASMED Sdn Bhd Lancar Mesin CPAP Terkecil di Dunia

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
CHERAS, 19 Dis 2017 鈥 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PP每日大赛app) melalui Jabatan Otorinolaringologi (ENT) telah melancarkan mesin Air Mini Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) terkecil di dunia.
Mesin seberat 300 gram itu adalah yang paling berkesan bagi merawat penyakit sindrom tidur berapnea (STB) atau sindrom tidur berdengkur.
STB adalah sindrom penyakit yang mana seseorang itu terhenti pernafasannya buat seketika.
Menurut Pakar Bedah Kanan ENT HCTM PP每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Abdullah Sani Mohamed, mesin CPAP itu adalah pertama kali diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.
鈥淪ebelum ini, mesin CPAP yang sedia ada di pasaran adalah bersaiz besar dan beratnya adalah kira-kira 1.4 kilogram (kg).
鈥Mesin Air Mini CPAP yang dilancarkan ini memudahkan pesakit membawa mesin tersebut ke mana sahaja terutamanya jika pergi bercuti, berikutan saiznya yang kecil,鈥 katanya.
Beliau bekata mesin Air Mini CPAP juga boleh digunakan dalam kapal terbang kerana ia tidak akan mengganggu penumpang lain.
鈥淜elebihan lain ialah penggunaan mesin ini boleh mengesan penyakit pesakit, berapa kali pesakit berhenti bernafas pada satu malam dan maklumat ini boleh disimpan di dalam telefon pintar,鈥 katanya.
Beliau berkata PP每日大赛app dipilih untuk melancarkan mesin tersebut kerana PP每日大赛app mempunyai kemudahan yang lengkap dan komprehensif untuk merawat pesakit STB.
鈥淪elain itu, PP每日大赛app juga mempunyai pesakit STB yang ramai. Rawatan STB memerlukan beberapa disiplin yang bukan sahaja melibatkan Jabatan ENT, tetapi juga jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Fisioterapi, Dietetik dan Surgeri,鈥 katanya.
Katanya, seseorang itu menghidap STB apabila mereka mengalami beberapa simptom seperti berdengkur kuat, mengantuk yang keterlaluan di siang hari, kurang bertenaga, tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas, panas baran dan sakit kepala bila bangun tidur.
鈥淪emua itu berlaku kerana pesakit tidak mendapat tidur yang cukup.
鈥淪TB berpunca daripada tersumbatnya saluran pernafasan, menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan menyukarkan pernafasan,鈥 terangnya.![]()

