Pro Aspirasi Menang Besar

Oleh Asmahanim Amir
Team Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 27 September 2016 – Pro Aspirasi yang bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2016/2017 telah menang besar dengan memenangi 29 kerusi iaitu 10 Kerusi Umum dan 19 Kerusi Fakulti.
Daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan, 27 kerusi menang tanpa bertanding dan hanya Kerusi Fakulti Perubatan, Sains Kesihatan dan Farmasi sahaja yang bertanding pada sesi pembuangan undi semalam.
Kerusi Fakulti Pengajian Islam telah dimenangi oleh calon Bebas manakala Kerusi Fakulti Farmasi dimenangi oleh calon Gabungan Mahasiswa.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal, proses pengundian berjalan lancar dengan jumlah pelajar yang keluar mengundi, sebanyak 86.82 peratus.
鈥淜ita berterima kasih kepada聽 pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa kerana telah menangguhkan kuliah pada sebelah pagi bagi membolehkan para pelajar keluar mengundi kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk keluar mengundi,鈥 katanya.
Beliau turut menyuarakan harapan agar MPP yang telah menang ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan boleh menunaikan manifesto yang telah dirancang.
鈥淪aya percaya mereka adalah pemimpin pelajar yang bagus dan dapat meneruskan Parlimen Mahasiswa dalam membawa suara mahasiswa ke pihak pengurusan univrsiti,鈥 katanya.
Bagi wakil MPP sesi 2016/2017, Zainal Asnawi Asyraf, walaupun Pro Aspirasi menang besar tanpa tentangan yang hebat, tetapi kemenangan itu tidak akan melalaikan mereka malah mereka akan terus beristiqamah dalam meneruskan perjuangan.
鈥淜emenangan ini adalah amanah yang perlu dipikul oleh pasukan saya.
鈥淧erkara utama yang akan kami lakukan selepas ini adalah聽 jelajah MPP bertemu mahasiswa untuk menghapuskan jurang antara mahasiswa dan MPP.
鈥We want to know what is the problem, so that we can fix it,鈥 ujarnya.![]()

