ÿմapp

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah ÿմapp yang Baharu


Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 2 November 2021 – “Bagai sirih pulang ke gagang”, Alumni Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak menjadi alumni ÿմapp pertama dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ÿմapp menggantikan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar yang telah tamat tempoh lantikan pada 31 Oktober 2021 yang lepas.

Lantikan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad adalah bermula 1 November 2021.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad adalah seorang Pakar Bedah Ortopedik terlatih yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Ijazah Sarjana Surgeri (Ortopedik) dari Fakulti Perubatan ÿմapp.

Selain memegang jawatan Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia dari 1996 hingga 1998, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pendaftar pelawat di Jabatan Ortopedik Universiti Edinburgh, dan pendaftar dan Felo Klinikal dalam Kecerdasan Tulang Belakang di Southport Spinal Injuries Centre di Liverpool, Britain.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ÿմapp dari 2008 hingga 2010 dan sebagai Pengarah Hospital ÿմapp (Hÿմapp), yang kini dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dari 2003 hingga 2007.

Semasa menabur khidmat sebagai Pengarah HCTM, beliau telah mewujudkan Skim Latihan Kepakaran dan meningkatkan khidmat doktor pakar di hospital tersebut. Usaha gigihnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital telah menjadi penggerak kepada HCTM sehingga menerima Asian Hospital Management Award pada tahun 2005.

Selain itu, kerana semangat dan kecintaan beliau dalam menyumbang dan meningkatkan reputasi universiti, beliau diberi kepercayaan meneraju Persatuan Alumni Perubatan ÿմapp dan dilantik sebagai Presiden Majlis Alumni ÿմapp.

Kredibiliti pengurusan dan kepakaran beliau turut diiktiraf oleh pelbagai pihak dengan pelantikan sebagai Naib Canselor Cyberjaya University College of Medical Sciences (kini ialah University of Cyberjaya) dari 2014 hingga kini.

Ketokohan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad dalam bidang ortopedik telah melayakkan beliau menerima Fellowship of Japanese Orthopedic Association in Spinal Injury dan Senior ASEAN Orthopedic Travelling Fellow pada tahun 1997.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad berkata pelantikan itu adalah penghargaan yang diberikan oleh ÿմapp kepada alumninya.

“Sebagai alumni pertama yang dilantik, visi utama saya adalah mahu mendaulatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa selari dengan hasrat penubuhan ÿմapp 51 tahun lalu.

“Saya nak mengantarabangsakan ÿմapp. Kita tak mahu jadi jaguh kampung sahaja. Bahasa melayu adalah Bahasa ibunda kita. Walaupun tekanan diberikan kepada Bahasa Melayu, tetapi kita tidak mengabaikan Bahasa Inggeris,” katanya.

Katanya, negara-negara lain seperti China dan Jepun perlu dijadikan contoh dalam memartabatkan Bahasa ibunda.

“Mereka (China dan Jepun) mengutamakan bahasa ibunda, tetapi dalam masa yang sama, mereka juga adalah antara negara yang berjaya dalam pelbagai bidang seiring dengan negara-negara di Eropah,” katanya.

ÿմapp percaya dengan pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad mampu menyumbang dan membawa ÿմapp ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Dengan pelantikan baharu ini, ÿմapp dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi LPU ÿմapp bermula 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2021.