Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor HEP, 每日大赛app yang Baharu

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 22 April 2022 – Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), yang baharu berkuat kuasa 21 April 2022, menggantikan Prof. Dato鈥 Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim yang telah tamat tempoh pelantikan pada 20 April 2022.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app percaya dengan pelantikan itu, Mohd Suzeren dapat terus menyerlahkan lagi kualiti dan kecemerlangan pengurusan pelajar selari dengan hasrat serta matlamat yang digariskan dalam pelan strategik T.E.R.A.S 每日大赛app 2021-2025.
鈥淒engan pengalaman beliau sebagai Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), saya percaya beliau dapat menjayakan misi untuk Universiti dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebitaraan yang tinggi,鈥 katanya.
Dalam pada itu, 每日大赛app mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas keputusan pelantikan tersebut.
鈥溍咳沾笕黙pp turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Othman atas sumbangan dan kepemimpinan beliau dalam menerajui hal ehwal pelajar 每日大赛app sebelum ini,鈥 katanya.
Mohd Suzeren yang merupakan alumni 每日大赛app memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kimia pada tahun 2003, kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di universiti yang sama pada tahun 2005 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Polimer Bahan dari Department of Materials Science and Engineering, The University of Sheffield, United Kingdom (2008-2012).
Selain berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) 每日大赛app, Mohd Suzeren telah dipinjamkan oleh KPT untuk menerajui jawatan Pengarah Bahagian Mahasiwa Holistik (BMH), JPT dan memangku tugas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Antarabangsa), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi.
Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pengetua Kolej Aminuddin Baki dan Penolong Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi.
Kini, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terangganu, Timbalan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Sukarelawanan Siswa, KPT, Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, KPT, Penyelaras Majlis TTNCHEPA UA dan IPTS, KPT dan Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK), KPT.![]()