ÿմapp

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Dianugerahi Anugerah Bitara Tokoh ÿմapp


Oleh Nurhairani Syam Lahmuddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 4 Oktober 2021 – Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali telah dianugerahi Anugerah Bitara Tokoh ÿմapp di Majlis Anugerah Bitara ÿմapp 2021 bagi penilaian tahun 2020.

Anugerah itu diberikan kepada beliau kerana sumbangan yang telah beliau berikan kepada universiti dan negara amat bernilai.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada ÿմapp di atas penganugerahan itu.

“Anugerah yang diterima ini adalah didasarkan kepada pencapaian saya selama 33 tahun saya berkhidmat dengan universiti ini,” katanya.

Majlis itu juga turut mengangkat Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Klinik Optometri FSK sebagai pemenang Anugerah Bitara Utama bagi Pusat Perkhidmatan. Sebanyak 15 kategori telah diberi pengiktirafan Anugerah Bitara ÿմapp 2021 untuk penilaian 2020 yang telah dilangsungkan secara maya melalui platform Zoom, baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar berkata pengiktirafan itu adalah salah satu usaha universiti dalam menyuntik semangat warganya untuk meningkatkan prestasi, dan pada masa yang sama mengekalkan sahsiah yang tinggi.

“Saya menyeru kepada semua warga ÿմapp agar sentiasa berpegang kepada prinsip integriti dan etika yang tinggi dalam menjalankan tugas pada setiap masa.

“Kekallah dengan sikap rendah hati umpama resmi padi, ‘semakin berisi semakin tunduk’. Bagaimana cemerlang pun kita pasti ada ruang untuk terus belajar dan memperbaiki diri,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, situasi pandemik tidak menghalang warga ÿմapp untuk mencipta kecemerlangan dan merasai kebanggaan atas pencapaian dalam bidang kepakaran masing-masing.

Katanya, penganjuran majlis itu adalah medan terbaik untuk menzahirkan penghargaan Universiti kepada warganya yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam meningkatkan citra Universiti.

“Sepanjang 51 tahun penubuhannya, ÿմapp telah melahirkan modal insan yang telah mempamerkan bakat-bakat yang kini menerajui pembangunan negara dari peringkat bawahan sehinggalah menjadi peneraju tertinggi di sektor kerajaan dan swasta.

“Saya amat berbangga bakat-bakat yang diiktiraf pada majlis ini telah berjaya memperlihatkan elemen-eleman yang terdapat dalam Nilai TERAS, elemen kebitaraan, dan agenda utama Naratif Baharu ÿմapp,” katanya.

Pada majlis tersebut juga, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan turut melancarkan logo Naratif Baharu ÿմapp, Universiti Watan Kita yang menggambarkan kebersamaan warga Universiti dalam memperkasakan nilai jati diri.

Katanya, aspirasi penubuhan universiti perlu terus disemat dalam jiwa setiap warga ÿմapp agar ia selari dengan prakarsa di bawah kebitaraan Watan untuk menyejagatkan ilmu dalam acuan kebangsaan dan terus memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.