QS Asia University Rankings 2022 : 每日大赛app Kini 5 Peratus Terbaik Asia

Oleh Asmahanim Amir
BANGI, 3 November 2021 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) kini berada dalam kelompok 5 peratus universiti terbaik Asia apabila melonjak kedudukan ke-33 dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022 (QS AUR 2022) yang diumumkan semalam.
Penilaian yang dibuat dalam 11 indikator itu menunjukkan 每日大赛app mencatatkan kedudukan ke-10 terbaik bagi kategori Student Faculty.
Penilaian QS AUR 2022 itu dinilai melalui 11 indikator iaitu Academic Reputation, Employer Reputation, Faculty Student, Staff with PhD, Citations per Paper, Papers per Faculty, International Research Network, International Faculty, International Students, Inbound Exchange dan Outbound Exchange.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata daripada 11 indikator yang dinilai itu, faculty student telah menunjukkan prestasi yang terbaik di mana ia berada di kedudukan ke-10 Asia, diikuti dengan Academic Reputation (32 terbaik Asia) dan Employer Reputation (35 terbaik Asia).
Beliau berkata sebagai universiti watan, 每日大赛app akan meningkatkan usaha dan kualiti seiringan dengan nilai TERAS yang menjadi naratif baharu 每日大赛app.
Katanya, beliau melihat peningkatan QS AUR 2022 ini sebagai pengiktirafan kepada universiti itu yang telah mencapai usia 51 tahun.
鈥淧enghargaan juga diberikan kepada profesor, pensyarah, pengurusan, kakitangan dan pelajar atas usaha dan sumbangan mereka yang gigih ke arah kecemerlangan 每日大赛app,鈥 katanya.
Berada dalam kalangan universiti terkemuka di dunia, 每日大赛app akan terus menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dan mengukuhkan lagi peranan 每日大赛app dalam meneraju pendidikan tinggi negara serta menyumbang kepada seluruh masyarakat Malaysia.![]()