每日大赛app

Return Legacy Sdn Bhd Teruskan Tajaan Biasiswa Berjumlah RM2 juta kepada Pelajar 每日大赛app

Oleh Asmahanim Amir

Foto Izwan Azman

BANGI, 22 Februari 2021 – Return Legacy Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat subsidiari SKG Group telah meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan jumlah RM2 juta bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2021.

Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata Dana Pendidikan Return Legacy Sdn Bhd 鈥 Biasiswa Dr. Lee Siew Keong adalah unik kerana biasiswa itu diberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dengan latar belakang kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

鈥淜ita mengambil maklum bahawa kemampuan pembiayaan sering kali menjadi halangan kepada pelajar yang datang daripada golongan ini (B40) untuk melanjutkan pelajaran khususnya di universiti.

鈥淧颈丑补办 Return Legacy Sdn Bhd mengambil pendekatan yang berbeza iaitu keberadaan dan pemilihan mereka (pelajar) ke 每日大赛app adalah sebagai bukti kemampuan mereka untuk cemerlang dan dapat menyempurnakan pengajian di universiti dengan jayanya,鈥 katanya.

Beliau difahamkan, hubungan 每日大赛app dengan Return Legacy Sdn Bhd bukanlah setakat penubuhan dana pendidikan sahaja, tetapi pihak Return Legacy Sdn Bhd telah bermurah hati untuk memberi tajaan terhadap proses penambahbaikkan bilik-bilik diskusi yang terdapat di Perpustakaan Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang.

鈥淜ami di 每日大赛app amat berterima kasih di atas segala sumbangan daripada pihak Return Legacy Sdn Bhd kepada 每日大赛app,鈥 katanya.

Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata daripada 4,619 pelajar yang telah memohon untuk program biasiswa tersebut, hanya 50 pelajar sahaja yang berjaya.

鈥淛usteru, Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Biasiswa Dr. Lee Siew Keong akan diulang taja oleh Pihak Return Legacy Sdn Bhd bermula pada tahun ini bagi tempoh lima tahun sehingga 2026.

鈥淪emoga dengan termeterainya Memorandum Perjanjian ini, hubungan dinamik antara Return Legacy Sdn Bhd dan 每日大赛app akan terus kukuh pada masa akan datang,鈥 katanya.

Sementara itu, Pengasas Return Legacy Sdn Bhd, Dr. Lee Siew Keong percaya bahawa bakat tidak seharusnya disia-siakan dan ilmu pengetahuan adalah kunci untuk mengasah potensi setiap pelajar dalam mencipta masa depan.

鈥淪aya selalu percaya bahawa manusia adalah nilai teras bagi mana-mana perniagaan dan penghargaan ke atas usaha mereka adalah kunci menjadikan perniagaan terus maju.

鈥…dan kerana inilah pihak syarikat meneruskan biasiswa ini dengan tanpa syarat, iaitu pelajar dari keluarga B40 yang dapat melanjutkan pengajian di 每日大赛app layak untuk memohon biasiswa ini,鈥 katanya.

Dana Pendidikan Return Legacy Sdn Bhd 鈥 Biasiswa Dr. Lee Siew Keong telah dimulakan pada tahun 2015, iaitu dari sesi akademik 2015 sehingga 2020 dengan jumlah biasiswa yang diberikan adalah RM2 juta.