Sambutan Aidilfitri 每日大赛app Meriah

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abdul Raai Osman, Ikhwan Hashim, Shahiddan Saidi, Izwan Azman
BANGI, 7 Ogos 2015 鈥 Sambutan Aidilfitri peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) disambut meriah oleh kakitangan universiti ini yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak (Dectar) hari ini.
Pada majlis tersebut, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali turut menitipkan ucapan selamat hari raya kepada semua kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada universiti.
Beliau berkata melalui majlis itu, semua kakitangan dapat mensyukuri perhubungan dan ukhwah yang terjalin sepanjang berkhidmat di universiti terunggul ini.
鈥淪aya percaya dalam kita menjalankan tugas mungkin ada salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja. Saya bagi pihak rakan-rakan pengurusan kepimpinan universiti memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sekiranya ada yang telah kami lakukan sepanjang menjalankan tugas di sini,鈥 katanya.
Katanya beliau percaya bahawa semua kakitangan universiti mempunyai niat yang penuh keikhlasan dalam diri untuk menjayakan mandat aspirasi sebagai sebuah universiti kebangsaan.
鈥淢arilah kita sama-sama mensyukuri hari ini dan juga pada masa yang sama meletakkan iltizam untuk terus bekerja dan menjalankan tugas dengan lebih baik kepada institusi kita,鈥 katanya.
Pada majlis itu, 每日大赛app Holding turut menyerahkan cek dividen bernilai RM2.5 juta kepada pihak universiti.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Datuk Nasir Ahmad, wakil-wakil kedutaan dan pihak pengurusan tertinggi universiti.
每日大赛app turut meraikan anak-anak yatim dan masyarakat orang asli dan majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan Mohammed Rauzan Alwi, yang lebih dikenali dengan nama Roy serta artis-artis kebudayaan 每日大赛app.
Majlis itu dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.![]()

