每日大赛app

SMAKU Beri Impak Positif kepada Mahasiswa OKU 每日大赛app


Oleh Inaara Aznan

Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Januari 2019 鈥 Bagi membantu dan memberi sokongan, kemudahan serta bantuan pembelajaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Orang Kurang Upaya (OKU), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah melancarkan Sekretariat Mahasiswa OKU (SMAKU) yang terdiri daripada pelajar-pelajar normal dan pelajar OKU 每日大赛app.

Penubuhan sekretariat tersebut bertindak sebagai badan kebajikan dalam membantu pergerakan pelajar-pelajar OKU untuk ke kelas, menghadiri perjumpaan persatuan atau apa sahaja yang diperlukan oleh mahasiswa OKU selain mewujudkan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar OKU.

Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali yang ketika itu adalah Naib Canselor 每日大赛app berkata, penubuhan SMAKU akan memberikan impak yang positif kepada mahasiswa mahasiswi OKU kerana mereka mempunyai hak yang lebih istimewa khususnya dari aspek kebajikan.

鈥淧ihak universiti akan sentiasa berusaha meningkatkan dan menambahbaik prasarana fizikal di kampus agar persikitaran kampus ini lebih mesra kepada mahasiswa OKU,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di BilikBankuasi, Bangunan Pentadbiran di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Dewan Negara, Senator Bathmavathi Krishnan berkata, kebajikan mahasiswa OKU akan lebih terjamin kerana mereka akan diberi pendedahan baru berkenaan peluang pekerjaan yang ada disamping meningkatkan keyakinan diri untuk menempuh alam pekerjaan.

鈥淪aya berharap golongan ini (OKU) akan terus maju dalam setiap bidang yang diceburi dan terus menanam keyakinan dalam diri masing-masing untuk menjadi insan yang berjaya,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian SMAKU.

Yang Dipertua SMAKU, Mohamad Zuber Abd Majid pula berharap, semua pihak dapat berganding bahu menyumbang tenaga, idea dan komitmen bagi menjayakan program-program yang melibatkan mahasiswa OKU selepas ini.

鈥淜ami juga mengharapkan sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak bagi merangka dan melaksanakan program tahunan yang akan dianjurkan sepanjang tahun ini,鈥 tambah beliau.