Sukarelawan 每日大赛app Berjaya Bantu Mangsa Banjir di Gua Musang
Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM)
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 20 Januari 2015 鈥 聽Skuad Sukarelawan Banjir Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah berjaya membantu dan mengagihkan sumbangan kepada 80 peratus daripada penduduk yang terjejas banjir di empat buah kampung di daerah Gua Musang dengan anggaran nilai sebanyak RM50,000.
Gua Musang adalah di antara daerah paling teruk dilanda banjir itu.
Ketua Penolong Kanan Pendaftar 每日大赛app, Muhamad Walid Osman yang mengetuai rombongan itu berkata seramai kira-kira 200 orang sukarelawan 每日大赛app telah berjaya melaksanakan tiga tugas utama mereka; membersihkan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, memberi rawatan perubatan dan nasihat kesihatan serta menyerahkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa.
Beliau berkata rombongan pengagihan bantuan ke kawasan perkampungan itu disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal- Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal yang turut menyerahkan bantuan kepada mangsa.
Berbagai barangan keperluan telah diagihkan termasuk makanan, lampin, selimut dan khemah. Bantuan itu telah diserahkan kepada penduduk Kg Star, Kg Stelu, Kg Batu 5 serta Kg Buah Pala.
Rata-ratanya ramai diantara mangsa di situ telah kehilangan rumah dan segala harta benda yang dihanyutkan arus deras ketika banjir berlaku.
鈥淪elain pengagihan barangan keperluan, sukarelawan banjir 每日大赛app turut membersihkan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi (SKLK), antara sekolah yang mengalami kerosakan teruk.
Pihak sekolah menghargai jasa baik 每日大赛app yang telah membantu membersihkan sekolah supaya bersedia menerima murid apabila sesi baru persekolahan bermula.
鈥淔okus utama mereka adalah membersihkan bilik darjah, dewan makan, surau serta asrama puteri dan puteranya鈥.
Pasukan Pusat Perubatan 每日大赛app pula telah memberi bantuan perubatan dan kesihatan termasuk memberi ubat untuk mengelak jangkitan kuman selepas banjir kepada penduduk di Kampung Limau Kasturi, kata Walid kepada portal berita 每日大赛app.
Skuad sukarelawan 每日大赛app pada keseluruhannya telah berjaya mengenalpasti mangsa yang amat memerlukan bantuan.
![]()