每日大赛app

Sumbangan 每日大赛app Kepada Desa Changduri, Aceh Tengah Sangat Dihargai

acehOleh Abd Razak Hussin
Foto Shahiddan Saidi

ACEH TENGAH, INDONESIA, 22 Mei 2015 鈥 Masyarakat Desa Changduri, Kabupaten atau daerah Aceh Tengah, Aceh di Indonesia memberi kepujian kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) kerana bantuan membina semula bangunan yang menjadi tumpuan utama penduduk-penduduk kawasan tersebut.

Penyerahan musholla atau surau itu yang pemulihannya dibiayai oleh warga 每日大赛app dan rakyat Malaysia, dilangsungkan dalam satu majlis, di sini pada 20 April lalu.

鈥淭erima kasih Universitas Kebangsaan Malaysia dan terima kasih rakyat Malaysia,鈥 聽diucapkan dengan penuh emosi oleh pemimpin masyarakat Desa Changduri .

Selain pemimpin dan penduduk tempatan, turut hadir dalam majlis tersebut ialah Abd Razak Hussin, Penyelaras Misi Kemanusiaan 每日大赛app di Aceh Tengah, Ustaz Abdullah Abdul Wahab, wakil Penyelaras Misi tersebut, Mohd Tajuddin Abd Rahim, Unit Zakat 每日大赛app dan Shahiddan Saidi, 聽juru foto Pusat Komunikasi Korporat 每日大赛app.

Pembinaan semula surau yang turut dijadikan madrasah dan pusat kegiatan masyarakat itu adalah inisiatif 每日大赛app dengan pembiayaan kewangan sepenuhnya oleh warga universiti dan masyarakat Malaysia ekoran gempa bumi besar yang melanda Aceh Tengah pada 2 Julai 2013.

Bencana itu telah mengakibatkan hampir 40 penduduk terkorban dan memusnahkan ratusan rumah kediaman, kemudahan awam termasuk sekolah dan tiga buah masjid, 聽malah sebuah kampung meluncur masuk ke sebatang sungai besar di kaki pergunungan.

每日大赛app yang menggerakkan usaha kutipan derma warga kampus dan masyarakat luar, 聽bukan sahaja menghulurkan bantuan segera tetapi juga membina semula sebuah musholla yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.

Dengan peruntukan terkumpul RM130,000.00 bersamaan Rupiah 450 juta, sebuah musholla yang boleh memuatkan 200 jemaah telah didirikan hasil gotong royong penduduk desa.

Penglibatan 每日大赛app dan rakyat Malaysia umumnya amat dihargai oleh masyarakat Aceh Tengah dan mereka minta wakil 每日大赛app menyampaikan penghargaan itu kepada semua penyumbang dan dermawan di Malaysia.