Tadbir Urus yang Baik, Tonggak Pentadbiran

Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 2 Oktober 2017 – Tadbir urus yang baik harus menjadi tonggak dalam pentadbiran di mana terletaknya struktur, proses dan prosedur yang menentukan hak semua pihak yang berkepentingan dalam memastikan integriti, tanggungjawab dan ketelusan, titah Canselor 每日大赛app, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Syarahan Canselor Tuanku Muhriz ke-2, di 每日大赛app, baru-baru ini.
Menurut Baginda, 聽ini sangat diperlukan di Malaysia dan beliau berharap siri syarahan berprestij tersebut akan terus memperjuangkan pelbagai isu dan memperkayakan pelbagai pengetahuan.
鈥淏eta berharap perkongsian pengetahuan ini akan memberi manfaat yang positif kepada kehidupan masyarakat di Malaysia.
鈥淏eta menggesa supaya siri syarahan ini dapat diberikan penyebaran luas kepada media dan media sosial supaya lebih ramai menyedari usaha yang dilakukan oleh institusi ini,鈥 katanya.
Tuanku Muhriz, yang juga Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, berkata sebagai universiti kebangsaan, 每日大赛app sentiasa berusaha mengekalkan peranannya sebagai tempat penyaluran pengetahuan, serta penjanaan idea-idea baru untuk sosio-ekonomi pembangunan masyarakat.
“Adalah menjadi hasrat beta menjadikan syarahan ini sebagai platform untuk menyediakan penyelesaian konkrit kepada isu-isu dalam hal ehwal awam, tadbir urus, integriti dan undang-undang,” katanya.
Syarahan Tuanku Muhriz kali ke-2 ini menampilkan bekas Ketua Setiausaha ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan dengan tajuk syarahan Tadbir Urus yang Baik: Cabaran untuk Komuniti ASEAN.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.![]()


