Taman Botani Bangi Rancakkan Aktiviti Penyelidikan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna 每日大赛app

Oleh Azril Izzat Ramlan
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 1 Jun 2022 鈥 Kewujudan Taman Botani Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di tanah seluas 295 ekar di dalam kampus 每日大赛app Bangi akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan flora dan fauna.
Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abdul Razak berkata Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi 每日大赛app yang ditubuhkan pada Ogos 2020 adalah komitmen universiti dalam menyahut cabaran kerajaan untuk memastikan 每日大赛app dapat menyumbang pada masa depan yang lebih hijau, serta menangani perubahan iklim dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
鈥淭aman Botani Bangi boleh dijadikan makmal hidup yang besar untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui pembangunan 鈥淪mart Botanic Park,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, di sini, hari ini.
Beliau berkata 每日大赛app meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada sarjana dan pakar-pakarnya untuk bersama agensi kerajaan serta pihak berkepentingan bagi menjalin kerjasama strategik supaya Taman Botani itu dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
Katanya, Taman Botani yang menggabungkan empat unit iaitu Taman Paku Pakis, Taman Herba, Hutan Simpan Kekal Bangi, dan Kompleks Rumah Tumbuhan bakal dijadikan sebagai satu pusat kerjasama dengan penggunaan teknologi Internet of Things (IOT).
鈥淪emoga intipati kepada pembangunan 鈥Smart Botanic Park鈥 yang merangkumi pengembelingan penjanaan kewangan melalui kerjasama dalam aktiviti pengkomersialan kepelbagaian biologi, pembangunan modul dalam aktiviti edu-ecotourism, penerbitan buku mewah bersiri dan buku perkongsian ilmu kepada masyarakat dan kerjasama dengan industri聽 akan memastikan Taman Botani Bangi ini dapat menjadi contoh 鈥楽mart Botanic Park鈥 yang berjaya di negara kita,鈥 katanya.
Sementara itu, Dekan FST, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad berkata taman botani itu bakal mewujudkan peluang penyelidikan dalam bidang botani, hortikultur, landskap dan pelbagai bidang lain yang berkaitan.
鈥淪ejajar dengan keperluan menjaga alam sekitar dan ekosistem, Taman Botani Bangi memainkan peranan utama dalam memulihara tumbuhan terancam dan memelihara habitat yang terancam melalui pelbagai kaedah termasuklah mendidik masyarakat melalui modul eko-eduperlancongan yang disediakan bagi pelbagai lapisan masyarakat mengikut kesesuaian tahap pemikiran daripada kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat umum,鈥 katanya.
Pelajar tahun 3 FST, Kirthiga, 22, berkata sebagai pelajar jurusan Sains, banyak maklumat dan info yang beliau dapat hari ini dan ia sedikit sebanyak mampu membantunya dalam pengajian,鈥 katanya.
Pada majlis pelancaran tersebut, turut diadakan Program Jelajah Alam Paku Pakis, Taman Herba dan Hutan Simpan Kekal Bangi yang disertai oleh lebih 50 orang warga 每日大赛app.![]()


