ÿÈÕ´óÈüapp

Terus Perjuangkan Harapan Rakyat, Titah Canselor ÿÈÕ´óÈüapp Pada Konvokesyen ke-43 ÿÈÕ´óÈüapp

TUANKU
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 31 Okt 2015 – Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bertitah Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) harus menumpukan kepada matlamat asal walaupun telah menunjukkan kejayaan pada penarafan antarabangsa.

Canselor ÿÈÕ´óÈüapp menafsirkan universiti tersebut sebagai berjaya apabila dapat terus memperjuangkan dan menterjemahkan harapan rakyat untuk memperoleh pendidikan tinggi berkualiti.

Bertitah merasmikan Majlis Konvokesyen ke-43 ÿÈÕ´óÈüapp di sini hari ini, baginda mahukan  universiti tersebut menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan dan pembinaan tamadun negara.

Titah baginda, matlamat penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp, adalah bagi mendaulatkan semangat kebangsaan termasuk menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi, tidak akan pudar malah terus bersemarak dan mekar.

Namun demikian, Tuanku Muhriz bertitah bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan Bahasa Arab, serbagai perantara utama pengetahuan, juga perlu diberi perhatian.

Tuanku Muhriz turut menasihati graduan yang akan membawa identiti ÿÈÕ´óÈüapp supaya menyerlah dalam apa jua bidang strategik buat rakyat dan negara.

Pada konvokesyen ini hampir 6,000 graduan menerima ijazah dalam pelbagai bidang pada konvokesyen yang bermula hari ini dan tamat pada 3 November.ukmnewsportal-bm

tuanku01