ÿÈÕ´óÈüapp

Timor-Leste Bakal Hantar Pelajar Pasca Siswazah Ke ÿÈÕ´óÈüapp?

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Mei 2016 – Negara Timor-Leste, atau Timor Timur, merancang untuk menghantar beberapa pelajar ke Malaysia, mungkin ke Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp),  untuk mengikuti  program Sarjana dan PHD.

Naib Menteri Pendidikan Timor-Leste Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes berkata negaranya berhasrat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ÿÈÕ´óÈüapp tahun ini untuk mengukuhkan hubungan pendidikan tinggi.

“Kita datang ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ÿÈÕ´óÈüapp dan kita bersama boleh membina hubungan,” kata Dr Ximenes dalam syarahan umum bertajuk Pengajian Tinggi di Timor-Leste: Maju Ke Hadapan, baru-baru ini.

Beliau berharap ÿÈÕ´óÈüapp dan kerajaan Malaysia akan membantu negaranya menghadapi cabaran pendidikan di Timor Timur.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perkongsian Masyarakat) ÿÈÕ´óÈüapp Profesor Dato ‘ Dr Imran Ho Abdullah berkata, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), yang mengaturkan syarahan tersebut, sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan untuk Timor-Leste.

Beliau menjelaskan bahawa Prof Madya Dr Nor Azan Mat Zin dari FTSM telah diamanahkan dengan tugas untuk mengetuai projek di Timor-Leste yang turut melibatkan beberapa negara lain.

Timbalan Naib Canselor berkata kerjasama itu, yang dikenali sebagai MyCommunity, akan menyaksikan perkongsian kepakaran teknologi maklumat ÿÈÕ´óÈüapp di Timor Leste.ukmnewsportal-bm
2

3