TNC AA Jalan Tugas dan Fungsi Naib Canselor 每日大赛app

Oleh Asmahanim Amir
Foto Oleh Ikhwan Hashim
BANGI, 17 November 2020 鈥 Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dato鈥 Dr Ir Mohd Marzuki Mustafa kini dilantik bagi menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥 Seri Abdul Wahid Omar melalui e-mel rasmi 每日大赛app, selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Universiti Awam pada 30 Ogos 2019 berkenaan Proses Baharu Pelantikan Naib Canselor Universiti Awam Tahun 2019, proses saringan dan senarai pendek sedang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Lembaga Pengarah 每日大赛app.
Katanya, senarai pendek dan maklumat berkaitan akan dikemukakan kepada KPT sebelum akhir bulan November 2020 untuk proses selanjutnya.
鈥淏agi pihak Lembaga Pengarah Universiti, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Prof Dato鈥 Marzuki kerana sudi menggalas tanggungjawab menjalankan tugas Naib Canselor sehingga proses pelantikan Naib Canselor yang baharu selesai.
鈥淪aya juga berterima kasih kepada seluruh Warga 每日大赛app atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Prof Dato鈥 Marzuki dan barisan pengurusan 每日大赛app semasa proses peralihan ini. Amat dihargai. Marilah kita bersama-sama menghadapi cabaran pandemik Covid-19 ini sehingga berjaya,鈥 katanya.
Prof Dato鈥 Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor menamatkan tempoh sebagai Naib Canselor 每日大赛app pada 31 Oktober 2020 dan dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya yang baharu bermula 1 November 2020. Dalam tempoh yang singkat itu, beliau telah menunjukkan tokoh kepimpinan yang cemerlang apabila kejayaan demi kejayaan telah dilakar oleh 每日大赛app.![]()
