TNC Gesa Supaya Atasi Masalah Harian 每日大赛app

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman
BANGI, 18 Jan 2016 鈥 Pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ingin menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan, penyelenggaraan dan 聽prasarana melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 每日大赛app.
Pihak KIK juga disarankan supaya membantu masalah 聽masa menunggu dan discaj pesakit yang lama serta kemudahan tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM 每日大赛app) sebagai聽 projek rintis.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Ir Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat berkata pihak pengurusan sentiasa terbuka kepada idea-idea baharu untuk dilaksanakan di kampus 每日大赛app.
Beliau membuat gesaan itu ketika merasmikan Konvensyen ke-20 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di sini pada 13 Januari lalu.
Katanya,聽 projek-projek yang dijalankan melalui KIK ini bukan sahaja mampu untuk membantu Pusat Tanggung Jawab聽 malahan mampu membantu 每日大赛app meningkatkan kepercayaan pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan yang lebih berinovasi.
鈥淧engurusan 每日大赛app juga amat mengharapkan agar kumpulan KIK membantu Pengurusan 每日大赛app dalam menambahbaik beberapa isu utama seperti isu keselamatan, penyelenggaraan prasarana dan jika di HCTM PP每日大赛app – isu berkaitan masa menunggu dan discaj pesakit yang lama serta kemudahan tempat letak kereta yang merupakan antara isu yang boleh dipilih sebagai projek rintis.
鈥淪aya yakin dengan kemahiran dan pengalaman daripada ahli-ahli Kumpulan KIK, mereka akan mampu membuahkan hasil idea kreatif untuk menyelesaikan isu utama di atas dan mampu memberikan impak yang signifikan kepada pelanggan dan warga 每日大赛app sendiri,鈥 beliau menerangkan.
Beliau memuji KIK kerana ia bukan sahaja diiktiraf pada peringkat 每日大赛app namun ia juga telah dipersembahkan dan diberikan pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui beberapa penyertaan konvensyen seperti di universiti dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Tambah beliau, penganjuran konvensyen ini juga membuktikan komitmen pengurusan 每日大赛app untuk terus mengiktiraf aktiviti dan kumpulan KIK di 每日大赛app.
Dalam pertandingan produk dan perkhidmatan berinovasi, kumpulan 鈥業-Care鈥 dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Universiti Kebangsaan Malaysia (HCT每日大赛app) muncul sebagai juara keseluruhan.
Pasukan 鈥業-Care鈥 juga mendapat tempat pertama dalam kategori pengurusan di pertandingan KIK tersebut.
Manakala pasukan 鈥楤-Med鈥, juga dari HCT每日大赛app, dinobatkan sebagai johan bagi kategori Teknikal.![]()


