每日大赛app adakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat untuk Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Oleh Nur Batrisyia
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 15 Jun 2021 鈥 Bagi memohon kesejahteraan rakyat Malaysia umumnya dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) khasnya, 每日大赛app telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat baru-baru ini.
Majlis itu telah menghimpunkan lebih 500 warga 每日大赛app dan alumninya yang hadir secara maya iaitu melalui aplikasi Zoom dan secara langsung di lama Facebook 每日大赛app.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Imran Ho Abdullah dalam ucapannya berkata itu adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh 每日大赛app untuk memohon perlindungan dari Allah agar pandemik Covid-19 berakhir segera.
鈥淜ini, dengan munculnya varian-varian baharu, kita perlu lebih berhati-hati, perlu lebih berdisiplin dalam mengamalkan SOP (prosuder operasi standard). Kerjasama semua untuk patuh kepada arahan total lockdown yang dikeluarkan oleh kerajaan amat diperlukan disamping mengekalkan produktiviti semasa Bekerja Dari Rumah,鈥 katanya.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Tabung Kebajikan Pelajar HEP dan Tabung Kebajikan Pelajar Alumni bagi membantu universiti mengendalikan proses ujian saringan COVID-19 dalam kalangan pelajar termasuklah menjaga kebajikan mereka.
鈥淒ana yang disumbangkan itu akan digunakan untuk membiayai kos makanan dan keperluan harian pelajar serta memastikan kebajikan mereka sepanjang tempoh PKP ini dijaga dengan baik. Sehingga kini, seramai 5,640 orang pelajar masih lagi berada di kampus,鈥 ujarnya.
Sebagai sebuah universiti watan, katanya, 每日大赛app turut memainkan peranan dalam membantu negara bagi meningkatkan kapasiti menguji sampel pesakit bagi mengesan Covid-19 menerusi Institut Biologi Molekular (UMBI) dan juga Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
鈥淪etakat ini, 每日大赛app telah berjaya melakukan transformasi prasarana sedia ada mengikut trend keperluan semasa. Dewan Gemilang 每日大赛app telah terpilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang telah bermula pada 5 Mei yang lalu.
鈥淗CTM 每日大赛app juga telah bersedia untuk memberi vaksin secara pandu lalu. Disamping itu, 每日大赛app menerusi HCTM menjadi pelopor kepada pemberian vaksin secara bergerak atau 鈥榤obile鈥 yang merupakan prakarsa pertama di Malaysia.
鈥淪elain itu, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) 每日大赛app akan ditukar buat sementara waktu menjadi Hospital Covid-19 dibawah Ordinan Darurat bagi membantu pihak kerajaan menampung keperluan kesihatan semasa negara.
鈥淒emikianlah besarnya peranan yang dimainkan oleh 每日大赛app bagi menyumbang kepakaran, kemudahan dan juga kebitaraannya kepada rakyat Malaysia,鈥 katanya.
Justeru itu, beliau memohon kerjasama para alumni 每日大赛app agar dapat sama-sama membantu meningkatkan kefahaman kepada masyarakat dengan menyalurkan maklumat yang tepat tentang kebaikan vaksin supaya lebih ramai warga Malaysia mendaftar dengan segera.
鈥淎dalah menjadi tanggungjawab setiap dari kita semua untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok,鈥 katanya.![]()
