ÿÈÕ´óÈüapp

ÿÈÕ´óÈüapp adakan Perbincangan dengan Kedutaan Hungary Kukuhkan Kerjasama Akademik

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 3 Februari 2021 – Bangi mengukuhkan kerjasama akademik antara Malaysia khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) dengan Institusi Pengajian Tinggi di Hungary, Naib Canselor, Prof Dato Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Duta Besar Hungary ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Petra Ponevacs – Pana telah mengadakan perbincangan dua hala secara dalam talian bagi membincangkan hubungan pendidikan antara kedua-dua negara, baru-baru ini.

Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berkenaan Biasiswa Stipendium Hungaricum, Biasiswa Erasmus Mundus dan kerjasama penyelidikan antara ÿÈÕ´óÈüapp dan universiti di Hungary yang merangkumi bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Perubatan.

Isu-isu lain yang turut dibangkitkan dalam perbincangan itu termasuk program pertukaran pelajar dan staf, dan pemeteraian perjanjian untuk mengeratkan hubungan.

Sebelum ini, ÿÈÕ´óÈüapp telah memulakan kolaborasi penyelidikan dengan Eötvös Loránd University, Hungary sejak tahun 2014 dalam penyelidikan paleontologi yang terletak di Langkawi UNESCO Global Geopark.

ÿÈÕ´óÈüapp dan Kedutaan Besar Hungary di Malaysia berharap perbincangan dua hala itu dapat mengeratkan hubungan antara ÿÈÕ´óÈüapp dan universiti di Hungary.

Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Ir Mohd Marzuki Mustafa, Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa (ÿÈÕ´óÈüapp Global), Prof. Madya. Dr. Abdul Latiff bin Ahmad dan Pegawai ÿÈÕ´óÈüapp Global, Harfiz Rasul Mohamad.