ÿÈÕ´óÈüapp-AELB Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Keselamatan Sinaran dan Nuklear

Oleh: Nastura Nasir
Gambar: En Abd Raai Osman
Bangi, 15 Jan 2018 – Kerjasama yang telah sedia terjalin di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terus diperkukuh melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Bangi, baru-baru ini.
ÿÈÕ´óÈüapp diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman manakala AELB oleh Ketua Pengarahnya, Hamrah Mohd. Ali. Hadir sama Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Prof. Dr. Mohammad Kasim dan Timbalan Ketua Pengarah AELB, Mohd Pauzi Mohd Sobari.
Prof. Dr. Mohd Ekhwan berkata, kerjasama ini adalah usahasama membina kepakaran dalam bidang keselamatan, kawalgunaan nuklear dan sinaran.
Hubungan yang juga melibatkan FST  ini diharap dapat menggalakkkan kerjasama penyelidikan, pembangunan makmal dalam sekuriti, kawalgunaan bahan dan peralatan nuklear serta sinaran. Kerjasama ini juga akan memberi nilai kepada usaha ÿÈÕ´óÈüapp dalam memperkasakan lagi pembangunan penyelidikan nuklear di ÿÈÕ´óÈüapp, katanya.
Menurut Hamrah, jalinan kolaborasi bersama ÿÈÕ´óÈüapp adalah yang pertama seumpamanya yang dibuat oleh AELB dan ini membuka pintu kepada mereka untuk meneruskan jalinan sebegini dengan institusi lain di masa akan datang.
Menurut beliau, MoU  ini juga antara lain menggalakkan pertukaran ilmu dan kepakaran antara ÿÈÕ´óÈüapp dengan AELB melalui program melanjutkan pengajian bagi kakitangan AELB, pertukaran pegawai pentadbiran di kedua-dua organisasi serta menggalakkan penerbitan bagi setiap penyelidikan yang dijalankan oleh kedua-dua organisasi ini.![]()


