ÿÈÕ´óÈüapp Anjur Latihan Undang-Undang Hak Asasi Manusia Dalam Perang Yang Julung Kali Di Malaysia

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman
BANGI, 12 Ogos 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) melalui Fakulti Undag-Undang akan menganjurkan simulasi dan latihan undang-undang yang julung kali diadakan di Malaysia bagi menguji pengetahuan peserta dari seluruh dunia yang terlibat dalam peperangan.
ÿÈÕ´óÈüapp dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan Gerakan Bulan Sabit Merah (ICRC) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk universiti itu  menjadi tuan rumah Pertandingan Jean-Pictet selama seminggu pada bulan Oktober untuk menilai kemahiran peserta dan pemerhati mengenai Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dalam konflik bersenjata.
Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali menandatangani untuk ÿÈÕ´óÈüapp manakala ICRC telah diwakili oleh penasihat undang-undang serantau untuk Asia Tenggara Kelisiana Thynne di sini pada 7 Ogos.
Kedua-dua pihak juga memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) yang kali terakhir ditandatangani pada tahun 2012 dengan Fakulti Undang-undang untuk bekerjasama dalam aktiviti yang berkaitan dengan latihan dan penyelidikan mengenai undang-undang kemanusiaan.
Thynne berkata ICRC dan ÿÈÕ´óÈüapp telah bekerjasama dengan baik dan ia merasa gembira untuk memperbaharui gandingan tersebut dalam  latihan undang-undang kemanusiaan.
“Memandangkan komitmen ÿÈÕ´óÈüapp untuk kecemerlangan, banyak mata pelajaran, seperti Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Antarabangsa akan membolehkan usaha bersama untuk mempromosikan Undang-undang Antarabangsa. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, yang dianjurkan oleh ÿÈÕ´óÈüapp, debat, pertandingan termasuk mahkamah Moot telah diadakan oleh ÿÈÕ´óÈüapp.
“Saya yakin ada lebih banyak kerjasama baik,” jelas beliau.
Upacara tandatangan MoA dan MoU telah disaksikan oleh Dekan Fakulti Undang-Undang Prof Dr Rohimi Shapiee, dan pegawai undang-undang ICRC Fok Yeow Low.
Pertandingan  Jean-Pictet merupakan acara latihan mengenai undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dikhaskan untuk pelajar ijazah pertama atau ke atas dalam Undang-Undang, Sains Politik, akademi tentera, sains sodial dan lain-lain.
Ia bertujuan untuk menguji pengetahuan pelajar undang-undang antarabangsa dalam senario medan perang melalui simulasi dan main peranan. Ia membolehkan juri pertandingan menilai pasukan mengenai pengetahuan teori dan kefahaman amali IHL.
Malaysia, diwakili oleh ÿÈÕ´óÈüapp tampil kali pertama pada pertandingan Jean Pictet mengenai undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang diadakan di Portugal pada tahun 2014.
ICRC dan Gerakan Bulan Sabit Merah adalah rangkaian kemanusiaan terbesar di dunia. Misinya adalah untuk meringankan penderitaan manusia, melindungi nyawa dan kesihatan, dan melindungi kehormatan manusia terutamanya semasa konflik bersenjata dan darurat lain.![]()


