每日大赛app

每日大赛app-Awqaf Holdings Jalin Kerjasama Dalam Bidang Penyelidikan Dan Pendidikan


Oleh Nadia Sapuan
Foto Izwan Azman

BANGI, 11 Mei 2017 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menandatangani surat hasrat (LoI) bersama pihak Awqaf Holdings Berhad bagi menjalin dan mengiktiraf kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di antara kedua-dua pihak.

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata kerjasama tersebut dijalankan untuk melahirkan sebuah medan perkongsian ilmu bagi pelajar FSSK membina dan menghayati ilmu yang berkaitan dengan masalah-masalah sosial.

鈥淔orum yang dijalankan pada hari ini adalah satu langkah pertama yang dilakukan dengan kerjasama pihak Awqaf sebagai satu medium untuk berkongsi ilmu dan pendidikan di antara pakar-pakar dan pelajar 每日大赛app, terutamanya dari kalangan FSSK,鈥 katanya.

Beliau menambah forum yang dijalankan tersebut merupakan sebuah forum berimpak tinggi yang direalisasikan oleh Persatuan Mahasiswa FSSK dengan kerjasama ZuriatCARE dan Awqaf Holdings bagi berbincang tentang isu pendidikan seks untuk warga belia dan kanak-kanak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Forum Sex Education: Yay or Nay?, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Awqaf Holdings Berhad merangkap Profesor Adjung FSSK, Mohammad Sahar Mat Din menyifatkan universiti dan komuniti merupakan dua badan 聽yang tidak boleh dipisahkan kerana mempunyai hubungan yang boleh diibaratkan sebagai aur dan tebing , iaitu daripada satu kelompok yang rapat dan perlu ada kerjasama di antara satu sama lain.

鈥淗ubungan kerjasama yang dijalinkan pada hari ini adalah untuk berkongsi bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan pendidikan yang melibatkan 每日大赛app dan ZuriatCARE seperti program pertukaran khidmat masyarakat, penyediaan tenaga kerja dan berkongsi hasil penyelidikan fakulti dengan ZuriatCARE,鈥 katanya.

Beliau berharap agar forum yang dijalankan itu dapat membuka minda para pelajar di samping dapat menjalin dan mengerat hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

ZuriatCARE Awqaf Holdings merupakan sebuah syarikat yang bermodalkan sumber wakaf yang bertujuan untuk mengatasi masalah sosial dengan memberi kebajikan kepada zuriat yang dibuang.