每日大赛app

每日大赛app Bangunkan Aplikasi Smart Mamak Mudahkan Pelanggan Buat Tempahan Makanan


Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman

PUTRAJAYA, 19 Julai 2017 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah membangunkan aplikasi Smart Mamak bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan makanan menggunakan telefon pintar.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pelanggan tidak perlu lagi membuat tempahan makanan di restoran sebaliknya boleh membuat tempahan di mana-mana sahaja.

鈥淧elanggan boleh membuat tempahan makanan dan minuman di mana-mana sahaja asalkan memuat naik apps ini di telefon pintar masing-masing,鈥 katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Smart Mamak KPT-每日大赛app dengan Kerjasama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) baru-baru ini.

Beliau berkata pelanggan tidak perlu menunggu lama kerana apabila sampai di restoran, makanan yang ditempah telah tersedia.

鈥淚ni akan menjimatkan masa selain dapat meningkatkan kecekapan tenaga,鈥 katanya.

Prof Dr Mohd Ekhwan berkata pembangunan aplikasi Smart Mamak adalah penyelidikan berdampak (translational research) iaitu kerjasama antara universiti, industri dan akhirnya kepada komuniti.

鈥淪elain memudahkan pelanggan membuat tempahan makanan, apps ini juga dibangunkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing sekaligus dapat meningkatkan keuntungan.

鈥淛ika semua restoran mamak yang dibawah PRESMA mendaftar dengan sistem ini (Smart Mamak), kita dapat meluaskan aplikasi ini kepada kira-kira 4,000 restoran mamak di seluruh negara,鈥 katanya.

Aplikasi Smart Mamak dibangunkan dalam tempoh tiga bulan bermula Mei lepas oleh kumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 每日大赛app dan diketuai oleh Prof Dr Mohd Ekhwan.

Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata aplikasi Smart Mamak akan memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh restoran mamak dengan tujuan untuk meningkatkan pesanan pelanggan dan mengurangkan tenaga pekerja asing yang ramai.

鈥淢elalui kajian Smart Mamak ini, elemen sains sosial, ekonomi dan IT akan digabungkan sebagai alat bagi penyelesaian berasaskan pernyataan masalah,鈥 katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Idris Jusoh yang melancarkan aplikasi itu berkata antara sebab aplikasi itu dibangunkan adalah untuk mengurangkan tenaga asing di restoran mamak.

鈥淧谤辞蝉别蝉 digitization restoran mamak akan dapat melihat pengurangan penggunaan pekerja asing dan juga satu sistem yang lebih efisen untuk semua kedai mamak di seluruh negara.

鈥淚ni merupakan kerjasama antara universiti dan industri untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya,鈥 ujarnya.