每日大赛app Bantu UIR Indonesia Tingkatkan Kualiti Pendidikan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Ra鈥 ai Osman
BANGI, 14 Mei 聽2015 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) akan membantu聽 meningkatkan kualiti pendidikan Universiti Islam Riau (UIR), Indonesia.
Sehubungan itu 每日大赛app telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UIP bagi menjalin kerjasama strategik, di sini pada 22 April.
Rektor UIR, Prof Dr H Detri Karya berkata MoU itu penting bagi universiti tersebut meningkatkan kualiti staf akademik dan juga penghasilan jurnal yang bernilai 聽tinggi.
鈥淯IR mempunyai kira-kira 800 pensyarah tetap dan kontrak. Sepatutnya 20 peratus daripada jumlah itu perlu mempunyai status Dr. iaitu kira-kira 200 pensyarah, tetapi kita hanya mempunyai 56 sahaja pensyarah yang berstatus Dr.
鈥淪ekarang ini, staf akademik kita yang sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD (Doktor Falsafah) adalah seramai 67 orang. Jumlah itu masih belum cukup untuk mencapai 20 peratus pensyarah yang mempunyai PhD,鈥 katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tandatangan MoU tersebut.
Katanya beliau berharap agar kerjasama yang dijalankan antara mereka akan dapat membantu UIR meningkatkan jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah.
鈥淢ungkin 每日大赛app dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Jakarta (KP) untuk memberi biasiswa kepada pensyarah-pensyarah yang ada supaya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di 每日大赛app kerana biasiswa untuk melanjutkan pelajaran hanya ada di KP,鈥 katanya.
Beliau berkata jika 每日大赛app dapat menjalin kerjasama dengan KP, ia akan memudahkan UIR mendapatkan biasiswa daripada kerajaan Indonesia dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke 每日大赛app.
Selain itu, beliau turut berharap agar kerjasama antara 每日大赛app-UIR akan dapat membantu UIR dalam meningkatkan kualiti penghasilan jurnal setaraf antarabangsa.
鈥淜ualiti jurnal-jurnal yang diterbitkan di UIR masih lagi belum sampai ke peringkat antarabangsa dan jurnal yang dihasilkan itu masih sedikit,鈥 katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dato鈥 Dr Mazlin Mokhtar berkata beliau gembira apabila mendengar tawaran daripada UIR yang menggalakkan staf akademik mengikuti pengajian di peringkat PhD di 每日大赛app.
鈥淪aya kira itu satu penghormatan dan perlu kita fikirkan untuk mengambil peluang ini dan sama-sama membangunkan rakan-rakan kita untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan yang lebih berkualiti,鈥 katanya.
Beliau berkata topik-topik penyelidikan hari ini amat digalakkan supaya dapat melihat kepada isu dan masalah yang sedang didepani oleh mana-mana negara sama ada di Malaysia, Indonesia atau di Asia Tenggara.
鈥淢asalah (kajian) itu banyak sekali, sama ada dari aspek budaya, sosial, politik dan apatah lagi dalam bidang sains dan teknologi, bencana, perubahan iklim, dan sebagainya,鈥 ujarnya.
Prof Dr Mazlin turut mengucapkan tahniah kepada Prof Madya Dr Muhammad Rizal dan pasukan dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) atas kejayaan melakukan penyelidikan di Riau dan berjaya menghasilkan dua seminar berimpak tinggi di negeri Sumatera tersebut serta menghasilkan dua buah buku hasil penyelidikan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 每日大赛app.
鈥淚nsya-Allah kita galakkan kerjasama ini supaya dapat mengembangkan ilmu dan kalau boleh menerbitkan lagi buku-buku baru, video-video dan lain-lain kerana ini adalah satu peluang yang wajar dilakukan bersama oleh 每日大赛app dan UIR.
鈥淢elalui kerjasama ini, insyaAllah ia akan membawa dapatan dan hasil kajian menjadi modul dan manual yang boleh dibawa ke dalam sesi latihan pembangunan 聽dan keupayaan profesional yang boleh menjana pendapatan kepada kedua-dua universiti,鈥 katanya.
![]()