每日大赛app

每日大赛app bekerjasama dengan IKIM dan AKPK bagi Merangka dan Membangunkan Indeks Literasi Kewangan Islam

Oleh Asmahanim Amir

Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Februari 2021 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menjalin kerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi merangka dan membangunkan Indeks Literasi Kewangan Islam di sekitar Lembah Klang.

Kerjasama itu dilakukan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara ketiga-tiga pihak.

Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kolaborasi itu adalah amat penting bagi mengkaji sejauh mana tahap kefahaman, kesedaran dan pengetahuan masyarakat muslim terutamanya dalam aktiviti berkaitan perancangan dan pelaksanaan kewangan Islam.

鈥淗asil kerjasama ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan serta dapat mengukuhkan lagi institusi-institusi yang berkaitan seperti institusi zakat, waqaf, majlis agama negeri, dan institusi perbankan Islam di Malaysia,鈥 katanya.

Beliau berkata dalam memperkasakan peranan 每日大赛app, jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak adalah salah satu usaha memasyarakatkan penyelidikan 每日大赛app.

鈥淜erjasama seperti ini juga dapat memberikan penyelidik 每日大赛app dimensi baru melalui sumbangan idea dan sumbang saran pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu bidang tujahan penyelidikan,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata gerak langkah kerjasama antara IKIM dan 每日大赛app itu boleh menjadi pencetus kepada kerjasama lain antara IKIM dengan fakulti/pusat lain di 每日大赛app, seperti Fakulti Pengajian Islam, Institut Islam Hadhari, Institut Perubahan Iklim, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dan juga Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berharap agar kerjasama antara institusi tersebut akan menjadi pencetus kepada jalinan kerjasama yang berikutnya, yang seharusnya dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan, meningkatkan daya saing, dan seterusnya menyumbang kepada kemaslahatan sejagat melalui perkongsian ilmu dan kemahiran.

鈥淧enemuan dan perkembangan ilmu baharu melalui kajian-kajian yang dijalankan di institusi pengajian tinggi adalah sangat berharga.

鈥淢elalui jalinan kerjasama ini, ilmu tersebut boleh dimanfaatkan dengan menyalurkan kepada industri untuk dipraktikkan kerana perkhidmatan yang disediakan di industri untuk masyarakat haruslah sentiasa relevan seiring dengan perubahan zaman,鈥 katanya.

Kolaborasi antara 每日大赛app dengan IKIM adalah bagi memperkasakan bidang penyelidikan kewangan Islam seperti perkongsian ilmu kewangan Islam melalui slot radio IKIM FM. 每日大赛app juga amat menghargai kerjasama IKIM dalam program-program kerjasama yang lain termasuk kerjasama dengan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan kerjasama dengan Kursi Perubahan Iklim 每日大赛app-YSD, Institut Perubahan Iklim 每日大赛app dalam rancangan Man and Nature di radio IKIM FM bagi menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat berkaitan isu-isu alam sekitar dan perubahan iklim yang baru sahaja berakhir pada 24 Januari yang lalu.

Bagi kerjasama bersama AKPK pula, 每日大赛app juga telah mula menggerakkan kerjasama sejak dari tahun 2019 iaitu dalam membangunkan program pendidikan dan penyelidikan kewangan untuk pelajar IPT. Pada tahun yang sama juga, 每日大赛app telah berjaya memenangi Anugerah Kolaborasi Terbaik Universiti di peringkat Kebangsaan pada Majlis Anugerah Kolaborasi AKPK 2019.